FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, September 12, 2012

HAK MILIK KEKAL...!


Ini satu lagi nostalgia yang tak dapat cikgu lupakan...
Cikgu bergambar bersama-sama pemain hoki Faris Petra 1991. Duduk di kanan ialah pengurus pasukan yang cikgu sayangi iaitu Allahyarham Sir Zahidi Baki Abd Rahman. 
Yang menjadi nostalgianya ialah... piala yang tinggi Itu (macam piala pertandingan suara burung), merupakan Piala Kejohanan Hoki Terbuka 6 sebelah anjuran Persekutuan Hoki Kelantan. Seingat cikgu, piala itu sebelum ini belum pernah dimenangi oleh sekolah Faris, maklumlah penyertaan pasukan yang bertandingnya terbuka kepada semua peringkat umur, sama ada pasukan dari ATM, Polis, USM, Maktab, Kelab Kg. Baru Pasir Mas dan lain-lain. Tapi bermula tahun 1991, kita berjaya muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan pilihan iaitu Kelab Hoki Kg. Baru, P. Mas yang pada masa itu mempunyai pemain kebangsaan 'Nago'. Faris Petra telah memenangi piala tersebut tiga tahun berturut-turut (1991 - 1993) dan piala tersebut secara automatik menjadi hak milik kita untuk selama-lamanya.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM