FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, September 17, 2012

FPHC, DULU, KINI.. SELAMANYA...!

Hampir seminggu tak update blog Faris-Petra.Com. Rasa bersalah membuak-buak di dalam kepala. Apakah jadah semua ini? Biasanya setiap hari cikgu akan menghadap skrin komputer, setia memasukkan segala perkembangan berita terbaru tentang Faris. Ini dah tak boleh jadi.....

SEBENAR-BENARNYA kepenatan dan kesuntukan masa yang menjadi tembok penghalang buat cikgu minggu ini sehinggakan semua agenda hidup cikgu minggu ini lintang-pukang jadinya...

APA-APAPUN cikgu secara peribadi berbesar hati untuk mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Presiden Faris Petra Hockey Club dan Jawatankuasanya yang telah berjaya menganjurkan satu program besar, hebat dan penuh bermakna buat warga pemain hoki Faris kini, dulu dan selamanya.

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 - 15 September 2012 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil berjaya menghimpunkan generasi pemain hoki Faris Petra seawal 1987 hingga kini dan telah sama-sama turut serta dalam pelbagai program yang dirancang, antaranya:-
  • Menyaksikan Perlawanan Hoki Liga Nasional antara TNB dengan KLHC
  • Mengadakan Klinik Hoki kelolaan TNB dan SK Jalan 3
  • Mengadakan perlawanan persahabatan antara team sekolah dengan alumni hoki Faris Petra
  • Majlis Makan Malam Hoki Faris Petra, dulu, kini dan selamanya di Restoran Perantau Hill
Setelah hampir 20 tahun bergelumang dengan sukan hoki di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, inilah julung-julung kalinya program seperti ini diadakan. Peluang bersua muka dengan bekas-bekas pelajar dan juga pemain hoki Faris Petra menimbulkan pelbagai nostalgia yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Rasanya masa begitu cepat berlalu, bekas anak-anak murid cikgu yang pernah dibimbing kini telah menjadi manusia yang hebat dalam pelbagai bidang. Tahniah, kamu semua kebanggaan cikgu.
Cikgu, Cikgu Muhammad Noor dan bekas-bekas bintang hoki Faris Petra
Pemain hoki Faris Petra sedang dibimbing oleh abang Muhd Amin Rahim, bekas pemain Malaysia dan kini merupakan pemain TNB ketika Klinik Hoki...
Pemain hoki perempuan Faris Petra bersama-sama dengan pemain SSP sebelum perlawanan persahabatan..
Warga hoki Faris Petra dulu, kini dan selamanya....
Hadiah simbolik daripada bekas star Faris Petra, saudara Mohd Pauzi Mat Isa...
Bersama star-star Faris Petra yang pernah mewakili negara...
Dari kiri saudara Azrul, Adnan Meli, Hasmadi Ismail dan Mohd Salmi...
Cikgu Muhammad Noor pun turut hadir di stadium...
Aksi perlawanan persahabatan antara junior dengan ex-juniors Faris Petra...
Skil tetap ada...
Siap jadi pengadil lagi...
Sedang mengungkit sejarah lama....
Kenangan bersama dengan Nor Saiful Zaini, dan wakil alumni...




No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM