FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, August 14, 2012

CUTI AIDILFITRI...!

Faris Petra akan mula bercuti bersempena Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat (17 Ogos 2012). Pada hari Khamis (16 Ogos 2012), warga Faris Petra akan meneruskan persekolahan seperti biasa sehingga jam 10:00 pagi dan selepas itu mereka boleh mula berkemas untuk balik ke kampung masing-masing. Sekolah Berasrama Penuh tidak mengambil cuti berganti pada hari Khamis tersebut kerana pelajar-pelajar Tingkatan 5 masih belum selesai menduduki Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP.
Cuti Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung serentak dengan cuti sekolah Pertengahan Penggal ke-2 akan bermula 17 Ogos 2012 hingga 25 Ogos 2012. Para pelajar dikehendaki pulang ke asrama pada 25 Ogos 2012 sebelum jam 6:00 petang.

1 comment:

mujagirl92 said...

ipgkkb pun start cuti hari jumaat,, uwaa

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM