FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, August 10, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA...!

ALUMNI DAN SEKOLAH BERTAUT RAPAT
Majlis berbuka dan penyampaian 'duit raya' oleh Alumni Faris Petra pada 9 Oktober 2012 berjalan dengan penuh jayanya. Walaupun hanya pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang ada (pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 balik bermalam), namun dengan kehadiran ramai guru, presiden alumni, YDP PIBG dan wakil-wakil alumni telah membuktikan bahawa jalinan sekolah dan alumni kian bertaut rapat. Duit raya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 yang terpilih akan disampaikan sempena Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada petang Ahad, 12 Oktober 2012 nanti. Walaupun penulis tidak sempat bersama-sama Farisian yang lain dalam majlis berbuka tersebut kerana sebab yang tidak boleh dielakkan, namun apabila melihat kepada kesungguhan pihak alumni itu, penulis rasa begitu terharu.
Orang memberi, kita menerima,
Semoga yang kurang dapat dibantu;
Ramadan mempertemukan kita jua,
Semoga usaha murni mendapat restu.














Biarkan foto-foto menjelaskannya......

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM