FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, August 7, 2012

DUIT RAYA PELAJAR...!


Pn. Sabariah Mohd Zin dan keluarga
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana usaha ahli alumni Faris Petra yang berusaha mengumpulkan wang untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Faris Petra yang layak akan menjadi kenyataan. Usaha yang mulia ini sebenarnya dicetuskan oleh Pn. Sabariah Mohd Zin yang kemudiannya  menghubungi cikgu untuk mendapatkan jumlah pelajar yang difikirkan layak. Dato' Dr. Kaisan, Presiden Alumni juga ada menghubungi cikgu tentang perkara ini. Seperti orang mengantuk, disorongkan bantal, cikgu telah berusaha menyenaraikan nama pelajar yang layak dengan bantuan kaunselor dan kini nama-nama pelajar yang layak menerima duit raya telah ada di tangan En. Anuar, Kaunselor sekolah. 
Mengikut perancangan, duit raya tersebut akan dibahagi-bahagikan oleh wakil Alumni di majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar pada 9 Ogos 2012 nanti.

Insya-Allah.


No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM