FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, August 13, 2012

167 ORANG PELAJAR DAPAT DUIT RAYA...!

Majlis Berbuka Buasa Bersama Alumni pada 9 Ogos 2012
LEBIH RM8 RIBU DISUMBANGKAN
Majlis Penyampaian Zakat dan Duit Raya untuk pelajar-pelajar terpilih Faris Petra telah berlangsung pada 9 dan 12 Ogos 2012. Seramai 34 orang pelajar telah menerima sumbangan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Alumni Faris Petra yang diadakan pada 9 Ogos 2012. Manakala di Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang berlangsung pada 12 Ogos 2012 pula, seramai 133 orang pelajar lagi telah menerima zakat dan duit raya masing-masing. Setiap pelajar tersebut mendapat RM50.00 seorang. Jumlah kesemua wang zakat dan duit raya yang disumbangkan kepada pelajar-pelajar tersebut adalah sebanyak RM8,350.00 yang mana hasil sumbangan ikhlas daripada alumni, orang perseorangan, guru-guru dan juga Persatuan Pengetua Kelantan. Pecahan jumlah sumbangan adalah seperti berikut:-
  • Alumni Faris Petra: RM3,550.00
  • Guru-guru: RM2,500.00
  • Orang Perseorangan: RM2,000.00 
  • Persatuan Pengetua Kelantan: RM300.00                

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM