FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, March 29, 2012

FARIS SEMAKIN MANTAP...!

Dua hari berturut-turut, pasukan hoki lelaki Faris Petra mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal ke kejohanan peringkat kebangsaan di Johor Bahru pada awal Mei nanti. Perlawanan ini juga diharapkan dapat menjadi kayu ukur prestasi semasa pemain-pemain hoki Faris Petra. Pada 28 Mac 2012, Faris Petra berhadapan dengan skuad hoki Sekolah Sukan Putera, yang rata-ratanya dibarisi pemain negeri. Dan Faris tewas 1 - 2 walaupun lebih banyak menyerang.
Pada petang tadi, 29 Mac 2012, satu lagi perlawanan persahabatan telah diadakan. Pada kali ini Faris berdepan dengan lawan yang lebih tegap iaitu pasukan hoki IPG Kota Bharu. Pada petang tadi, pemain-pemain kita berjaya mempamerkan peningkatan mendadak sehingga berjaya membolosi gawang gol lawan sebanyak 5 kali dalam masa tidak sampai 30 minit. Perlawanan persahabatan itu berkesudahan dengan agregat 5 - 2.
Pada minggu depan, dijangkakan beberapa perlawanan persahabatan akan diadakan. Mungkin kita akan aturkan dengan pasukan hoki 'abang askar' dan pilihan SUKMA..

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM