FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, March 24, 2012

ARKIB BERITA HOKI FARIS...!

 
GOL tunggal pukulan sudut penalti minit ke-20 pada babak pertama oleh penyerang Mohd Iqwan Ariffin menobatkan SM Sains Tengku Mohamad Faris Petra (Faris Petra) Kelantan juara kategori lelaki Kejohanan Hoki Bawah 18 Tahun Peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Ke-6 Zon Timur di padang hoki Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan, kelmarin.
Pada penentuan akhir, Faris Petra yang dibimbing jurulatih Mohamad Azemi Zawawi menewaskan juara bertahan, SM Sains Machang (SMACH), Kelantan. Tempat ketiga dimenangi SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Shah) Pekan. Bagi kategori perempuan, juara bertahan pasukan SMACH mudah menewaskan Faris Petra 3-0 untuk mempertahankan gelaran. Sementara itu tempat ketiga milik SM Sains Dungun (Semerdu), Terangganu. Pertandingan tiga hari anjuran SBP Integrasi Kuantan (Intek) itu menyaksikan penyertaan 27 pasukan lelaki dan perempuan mewakili 14 SBP Pantai Timur.
Bagi Cikgu Mohamad Azemi, kejayaan muncul juara dianggap kemuncak prestasi cemerlang pasukan bimbingannya terutama selepas memenangi pertandingan hoki Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Bahru, minggu lalu.
Menurutnya, walaupun menghadapi tekanan berhadapan juara bertahan, kesungguhan dipamer pemain akhirnya berjaya meraih kejayaan.
“Pesanan saya kepada pemain ialah tumpukan sepenuh perhatian kepada permainan di tengah padang dan lupakan kehebatan lawan bagi mengelak rasa rendah diri.
“Berkat kesungguhan dan semangat tinggi pemain, gol dicari muncul pada babak pertama untuk menjulang Faris Petra selaku juara kejohanan seterusnya mewakili zon Timur ke peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu, Mei ini,” katanya.
Di peringkat kumpulan, Faris Petra menundukkan SM Sains Sultan Haji Ahmad (Semsas) Kuantan, 4-0 dan SM Sains Hulu Terengganu (Sahut), 7-0 untuk muncul juara kumpulan R. Pada suku akhir, mereka menewaskan SM Sains Tengku Abdullah (Semesta), Pahang 2-0 dan menundukkan Shah, 5-4 di separuh akhir. Pemain Faris Petra, Mohd Izuan muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol manakala Mohd Iqwan Mohd Noor dianugerahkan pemain terbaik perlawanan akhir dan Mohd Hajarul Aswad Zainudin penjaga gol terbaik kejohanan.
Hadiah disampaikan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Klastar Jabatan Pelajaran Pahang, Amran Kamal. Turut hadir Pengerusi Pengelola, Awang Mohd Zaid Mat Zain.

Komen Penulis: secebis berita kecemerlangan Faris Petra 2011. Pada edisi 2012 ini, Faris Petra muncul sebagai naib juara bagi kedua-dua kategori dan layak ke peringkat kebangsaan.



No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM