FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, March 14, 2012

BERMALAM DI BBBR, KT...!

 

DUA HARI TAK ONLINE...
Sibuk.... terlalu sibuk, itu yang boleh cikgu simpulkan. Selepas memberikan ceramah BM PMR di SMK Zainab 1, pada 12 Mac 2012, pelbagai kerja berat yang terpaksa cikgu lakukan. Dahlah undangan kahwin bertimpa-timpa, ditambah pula dengan urusan persekolahan anak. Keluar masuk kedai mencari kain baju dan entah macam-macam. Pada pagi ini pula (14 Mac 2012), terpaksa berkhemah 4 jam di Pejabat Imigresen kerana urusan membuat pasport. Bayangkan dari sebelum pukul 8.00 pagi lagi cikgu telah beratur di kaunter nombor, dan setelah jam 12.00 tengah hari baru selesai urusan! Memang perkhidmatan yang boleh dipertikaikan.
Program untuk ke Kuala Terengganu pada pagi ini terpaksa ditunda dan hanya pukul 1.00 petang, baru cikgu sekeluarga bertolak ke KT.
Yang paling pelik tapi benar, dalam serba kelam-kabut membuat tempahan bilik di KT, cikgu tertempah 2 buah bilik untuk jangka masa yang sama. Sebuah bilik di Intan Beach Resort, Batu Burok dan sebuah lagi di Batu Burok Beach Resort, KT. Alang-alang dah rugi, bilik di Intan Beach Resort itu cikgu berikan kepada anak sulung cikgu dan rakan-rakannya yang berada di UMT. Boleh mereka rasa kelainan study di resort!
Pagi esok, misi cuti cikgu dan keluarga adalah untuk meronda segenap ceruk tanah di KT ini...

Kata hati penulis: Anak murid bercuti di Paris, cikgu kat KT ajeee...


No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM