FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, July 28, 2011

SALAM DARIPADA PENGANTIN BARU...!

Assalamualaikum cikgu,

Cikgu apa khabar?
Saya ni Farisian batch 97-01. Saya tak tahula cikgu ingat saya lagi ke tak tapi cikgu pernah mengajar saya BM semasa tingkatan tiga kalau tak silap. Cikgu juga pernah menjadi guru pendidikan jasmani saya. Saya masih ingat lawak senaman ibu mengandung yang cikgu buat. hehe. Saya juga pernah terlibat dengan majalah SEMASA yang cikgu juga terlibat sama kan?Saya baru perasan cikgu ada letak gambar saya di laman blog faris petra. terima kasih cikgu.
Saya sekarang bekerja di salah sebuah hospital di Ireland. Insya-Allah 2- 3 tahun lagi saya akan pulang berkhidmat di Malaysia selepas mendapat kepakaran di sini. Doa doakan kejayaan saya ye cikgu. Terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu...sesungguhnya tiada kenangan lebih manis daripada kenangan sepanjang di sekolah Faris selama 5 tahun.
Semoga cikgu sentiasa dalam rahmat Allah.


Assalamualaikum


Jawapan cikgu,

Waalaikum salam Fikri dan terima kasih atas ingatan dan kiriman khabar ini. Cikgu cukup berbangga atas kejayaan awak. Teruskan mencari ilmu dan jangan lupa jaga diri dan pulang berbakti untuk anak bangsa.

Sekian,

Foto pernikahan Fikri
Fikri Nasir kini bertugas di Our Lady of Lourdes Hospital, Ireland sebagai Pakar Bedah.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM