FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, July 6, 2011

KE-3 PIDATO KEBITARAAN...!

Setelah membuat persiapan hanya 24 jam, wakil Faris Petra ke Pertandingan Pidato Kebitaraan Anjuran SMK Dato' Ahmad Maher dengan kerjasama JPN Kelantan tidak menghampakan. Saudara Mohamad Najmi Ghazali ( 4 Alpha) berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 3 terbaik penyertaan. Beliau memperoleh tempat ke-3 setelah terpaksa menjadi bidan terjun kerana menggantikan pemidato sebenar yang terlibat dalam Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan di Kuala Lumpur. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah:-
  • SMK. Dato' Ahmad Maher
  • SMS. Machang
  • SMS Pasir Puteh
  • SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu
  • SMKA Wataniah, Machang 
  • Maktab Sultan Ismail
  • SMS. Tengku Muhammad Faris Petra
  • SMK. Ismail Petra, Kota Bharu
Manakala keputusan pertandingan tersebut ialah:-
  1. SMK. Dato' Ahmad Maher
  2. SMK. Ismail Petra
  3. SMS. Tengku Muhamad Faris Petra ( Mohamad Najmi Ghazali )

1 comment:

Widad Mustafa said...

najmi ghazali memang hebat,cikgu.all-rounder student!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM