FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, July 20, 2011

FARIS PETRA BERBAKTI DI KEMBOJA...!

Sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra merupakan aset tertinggi negara untuk masa depan. Pelajar-pelajar di sekoah ini ialah modal insan (human capital) yang perlu diasuh dan dibentuk ke tahap optimum sejajar dengan penetapan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi memastikan bahawa warga pelajar terus memperkembang potensi diri, mereka sentiasa diberikan pendedahan dan bimbingan untuk melahirkan 'personaliti unggul (towering personality) dalam kalangan mereka. Melalui bidang kebitaraan yang ditetapkan, keupayaan pelajar dapat terus digilap.

Program Pengantarabangsaan Pendidikan dan Kesihatan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan Mahasiswa Perubatan Universiti Sains Malaysia di Kemboja pada 13 - 18 Julai 2011 merupakan salah satu usaha murni ke arah matlamat tersebut.

Program besar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada guru dan pelajar tentang bentuk iklim pendidikan dan persekolahan di peringkat antarabangsa di samping mengadakan hubungan intelektual dan memberikan khidmat pendidikan dan kesihatan kepada institusi berkenaan.
Program bakti Faris Petra....

 Bergambar kenangan...
 
Delegasi Faris Petra sedia mencurah bakti....
 Membantu P & P di kelas..
 Doktor HUSM sedang memberikan rawatan...
Bakti Faris Petra tidak terbatas...


No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM