Bermula 1 Januari 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Faris Petra) akan bergelar SBP Premier dan berita ini sewajarnya membanggakan semua warga Farisian sekalian. Selepas mendapat pelbagai anugerah seperti 'Sekolah Kluster', diikuti 'Sekolah Berprestasi Tinggi', kini Faris Petra sekali lagi diangkat sebagai sekolah SBP elit yang setanding dengan MCKK, Kolej Tunku Kursiah, Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Seri Puteri dan lain-lain.
Kesan daripada penganugerahan SBP Premier ini, pengambilan pelajar Tingkatan 1(2012) telah menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi peratusan jumlah pelajar dari Kelantan dan dari luar Kelantan. Kebiasaannya, setiap tahun Faris Petra menerima 90% pelajar dari Kelantan sementara hanya 10% sahaja pelajar yang datangnya dari luar negeri Kelantan.
Pada tahun 2012, seramai 151 orang yang terpilih ke Faris Petra iaitu 90 orang pelajar lelaki dan 61 orang pelajar perempuan. Daripada jumlah itu hanya 66 orang pelajar sahaja yang merupakan anak negeri Kelantan, selebihnya adalah dari luar Kelantan.
Tahniah, Faris Petra.