FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, March 26, 2013

SPM BATCH 0812...!


MAKLUM BALAS FARISIAN
Batch 2008-2012 memberikan impak yang besar kepada keseluruhan warga Farisian. SPM 2012 yang diumumkan baru-baru ini telah meletakkan kita di kedudukan ketiga negeri dan ke-29 dalam kalangan SBP. Satu pencapaian yang agak buruk dan jarang-jarang kita terfikir. Walaupun batch ini berjaya menghasilkan 33 orang calon memperoleh semua A namun, kegagalan menghasilkan walaupun seorang calon yang mendapat straight A+ amat mendukacitakan warga Farisian.
Batch anda ketika PMR 2010 dahulu telah mencipta kedudukan tempat pertama negeri Kelantan dan tempat ke-8 dalam kalangan SBP seluruh negara.
Sungguhpun begitu belum terlambat untuk cikgu mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon-calon SPM 2012 yang cemerlang, dan kepada yang kurang cemerlang, jadikanlah SPM 2012 sebagai titik permulaan untuk muhasabah diri.
Untuk mendapatkan komen dan sebab musabab SPM 2012 sedemikian rupa, cikgu dengan rasa rendah diri memberikan peluang kepada anda semua memberikan pendapat, alasan, pandangan di ruangan komen di bawah. Semoga tulisan ikhlas anda itu akan memberikan gambaran sebenar untuk dijadikan panduan kepada guru-guru dan pihak sekolah.
Ihklas daripada Cikgu Azemi.

22 comments:

mudrikahibrahim said...

Salam cikgu. Pertama sekali, syabas & tahniah buat semua calon. Daripada pandangan saya sendiri sebagai bekas pelajar, yang tahu hanya serba sedikit hal sekolah sekarang ni, mungkin isu ni ada kaitan dengan disiplin. Kali terakhir saya jejakkan kaki kat sekolah, akhir tahun 2011 dalam bulan julai. Daripada pemerhatian saya sendiri, disiplin pelajar sekarang sangat berbeza daripada tahun saya, iaitu 3 tahun sebelumnya. Contohnya, pada tahun saya, sangat sedikit pelajar yang berani bawa telefon ke sekolah tapi pada tahun 2011 tu, hampir semua pelajar bawa telefon ke sekolah. Yang mampu saya cakap adalah pelajar makin berani untuk lakukan kesalahan disiplin & ini sedikit sebanyak mengganggu fokus dan tumpuan pelajar kepada pelajaran. Saya rasa cikgu pun tahu kesan2 telefon ni. Itu antara contohnya yang saya dapat lihat. Mungkin cikgu boleh kaji balik isu disiplin & wujudkan kesedaran dalam diri pelajar. Saya yakin kalau kita mampu bawa fokus pelajar 100% kepada pelajaran, insyaAllah kita mampu skor lebih untuk masa akan datang. Wallahua'lam.

Anonymous said...

saya skong pengomen di atas cikgu. zaman saya dulu, pelajar perempuan jarang sekali yang bawa handphone tetapi sekarang, saya dapat tahu pelajar perempuan pun bawa handphone tanpa rasa ragu-ragu dah. pergaulan antara lelaki dengan perempuan juga nampak semakin bebas. saya pernah terserempak dengan pasangan junior berpegangan tangan di mall. agama makin diringankan. harap titik beratkan disiplin di faris petra. in sya ALLAH kegemilangan kita akan kembali. amiin ya rabbal alamin.

Anonymous said...

assalamualaikum....in my opinion pula..ape yang kurang kat faris sekarang semenjak beberapa tahun nie adelah..pendekatan AGAMA (sbnrnya sejak dari dulu)...kalau dilihat..program2 melibatkan agama di faris terlalu sedikit jika nak dibandingkan dgn aktiviti2 lain..semenjak beberapa tahun hanya program sama sahaja yg melibatkan agama dijalankan..student pula semakin kurang menghormati guru..so kalau dah x hormat cikgu, macam mana nak dapat redha Allah dalam belajar..cikgu2 pula semakin tertekan dgn pihak atasan..ditekan daripada pihak atas dan tekanan dgn sikap pelajar sendiri...tapi dalam hal nie..sepatutnya kita tdk menunding jari kepada mana2 pihak..sebaliknya ambil iktibar, cari di mana kelemahan masing2 dan sama2 fikirkan solusi terbaik agar semua pihak sama ada pihak pentadbir, guru mahupun pelajar dapat mentadbir, mengajar dan belajar dalam keadaan yang harmoni dan kurang tekanan..smmgnya tekanan i2 baik, tetapi apabila terlalu tertekan, kita tidak dapat buat sesuatu dengan hati yang ikhlas sebaliknya dengan rasa terpaksa..namun jangan bersedih..igtlah LA TAHZAN INNALLAH HA MA ANA..^_^

Anonymous said...

Salam Cikgu. Saya merupakan bekas pelajar beberapa tahun yang lalu. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar sekarang makin lalai disebabkan mereka mempunyai handphone dan mereka tidak takut untuk membawanya ke sekolah. Saya juga berduka cita bila pelajar tidak lagi menghormati guru dan tanpa segan silu melanggar apa yang diajar oleh agama islam.
salah satu cara menangani masalah sekarang ialah dengan menguatkuasakan disiplin agar pelajar lebih menghormati guru. Pihak sekolah juga perlu menitik beratkan soal agama Islam di sekolah dan asrama.
Saya tengok sejak dulu lagi pendekatan agama Islam di Faris Petra tidak dititik beratkan. Sekian

Unknown said...

jom kita perhebatkan lagi program tahfiz kat sekolah!!!!1kasi gempak punyer!!!!

Unknown said...

hidup cikgu-cikgu faris petra!!!!

syukran cikgu!!!

Unknown said...

hidup sekolah faris!!!!!!

Unknown said...

hidup pk hem baru!!!!!

Unknown said...

hidup sensei!!!!!

Unknown said...

hidup cikgu atikah!!!!

Unknown said...

hidup tuan pengetua!!!!

Unknown said...

hidup cikgu noterzam!!!!!

Unknown said...

hidup cikgu azemi!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Bagi pandangan sy pula berbeza. Sy melihat para guru, maaf sy kate cikgu cikgu lebih fokus mengajar dan mmbnyakkan kelas tambahan kepada pelajar2 yg akan mnduduki peperiksaan shj. Contohnye PMR & SPM. Jadi pengalaman sy ketika form 4 sgt bebas sehingga byk kelas sy skip dan itu memang salah sy sndiri disebabkan kurangnye perhatian drpd guru guru. Mohon maaf jika pandangan sy ni mengguris hati guru guru. Sy tak bermaksud pun. Ape yg sy nak katekan ialah, pelajar2 yg tidak mnduduki exam terutamanye form perlu diberi penekanan dgn lebih lagi supaye mengelakkan pelajar pelajar study last nanti berade di ting. 5. Akhir kalam, sy mngucapkan tahniah dan terime kasih kepada guru guru yg tak lapukdek hujan tak lekang dek panas dlm mengajar ank2 pljar dr dlu smpai laah sekarang. Assalamualaikum. #MJphotographer

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.pada pendapat saya,program sekolah yang banyak tidak teratur pada tahun lepas telah bnyk mengganggu proses pembelajaran. Agenda sekolah yg terlampau banyak ditambah lagi dengan pengurusan masa yang bagi saya amatlah tidak memuaskan.sebgai contoh,sekolah kita pada tahun lepas adalah tuan rumah bagi sbp10 rugby.sepatutnya pada waktu itu.kot telah diadakan.disebabkan itu kot terpaksa ditunda.pihak sekolah sepatutnya peka akan aktiviti sekolah.sepatutnya kot diadakan lebih awal agar tidak bertembung dengan sbp10 rugby.kot pada tahun lepas telah diadakan agak lewat.jadi pada waktu itu pelajar sepatutnya telah menumpukan perhatian kepada spm tetapi telah membazirkan masa untuk kot.satu lagi,pecutan pembelajaran spm tidak seragam.pada awal tahun tidaklah bnyak aktiviti dijalankan.tetapi pada waktu senggang spm.jadual terlalulah padat.sepatutnya pembelajaran haruslah purata.okay.satu lagi.mungkin pelajar2 kurangnya nilai keislaman dalam diri dan tidak menghormati guru.maaflah andai komen saya ini ad salah dan siilap.diharapkan perkara sama tidak akan berulang lagi tahun ini.farisian cergas cemerlanh

CiKgUaZeMi said...

Terima kasih atas pandangan yg ikhlas dan cadangan yang membina.
Kita perlu lagi banyak pandangan khususnya pelajar SPM 2012 sendiri. Jangan takut, ini hanyalah untuk perbincangan tidak rasmi sahaja.
Yang penting lahirkan masalah dan rasa ketidakpuasan hati secara jujur dan tidak menyakiti mana-mana pihak.

Anonymous said...

sya sndiri adalah ahli batch 0812. mmg ini sdikit melukakan hati kami. tak t'lintas akan menjatuhkan nama skolah sebegini rupa.tapi saya akui ini adalah thap batch kami. tpi bagi saya ini adalah seperti satu ingatan atau amaran bagi pihak sekolah dan kami sndiri untuk bngkit semula.mungkin kita t'lalu selesa dgn sgala anugerah dan pujian yang d'terima. p'capaian ini m'buatkan saya munasabah diri sndiri dan cuba baiki k'silapan. moga2 k'gagalan ini adalah lngkah untuk k'jayaan besar pada msa akan datang. cuma hrapan saya para guru tidak memandang kami scara negatif dan trus menyokong anak didik anda. tidak semua bunga berkembang dengan mekar tpi masing2 m'yerikan muka bumi ini denag cara sndiri. sekian saya mohan beribu kemaafan atas kegagalan kami dan terima kasih untuk sgala jasa guru2. terima kasih.

senior said...

First of all...tahniah kepada pelajar2 yang mencipta kegemilangan dalam spm2012 dan kepada yg kurang menyerlah..jgn kecewa jgn putus asa, ini bukanlah pengukur sebenar kejayaan adik2 untuk masa depan, sedih perkara biasa sebagai manusia tp jgn terus tenggelam dengan kesedihan. bangkit daripada kegagalan dan perbaiki kelemahan diri.

Actually saya bekas pelajar faris petra 10++ tahun yang lalu. berdasarkan daripada komen2 kat atas mengatakan penerapan nilai2 agama kurang di faris petra skrg itu saya tidak pasti. apa yg saya pasti dan pernah lalui semasa sy di faris petra, penekanan tentang aspek keagamaan cukup bagus. no doubt. sbg contoh kami akan didenda kalo x solat berjemaah.

Dalam kejayaan seseorg banyak faktor memainkan peranan. of course lah yang pertama kepatuhan kita kepada DIA yang satu. yg kedua kesungguhan diri sendiri untuk berjaya, ketiga bagaimana cara kita bertindak sebagai anak kepada ibubapa dan murid kepada guru. tiadanya rasanya hormat kepada mereka salah satu punca kejayaan susah untuk digapai. keempat berkaitan method pembelajaran di sekolah daripada schedule class, cara pengajaran, motivasi pelajar, bhn pembelajaran, komitmen guru kepada pelajar dan sekolah dll. yg kelima PIBG juga memainkan peranan penting contoh mengadakan program2 berbentuk two way communication dengan pelajar dan guru. untuk mendapatkan feedback keberkesanan program2 yg dijalankan oleh pihak sekolah. dan beberapa elemen lain lagi yg saya pasti guru2 semua lebih arif.

frankly ckp, hphone adalah satu budaya yg tidak bagus utk pelajar asrama, adanye hp menyebabkan pelajar leka kepada media sosial dn perkara2 lain boleh mnyebabkan fokus kepada study mereka merundum. kami dahulu hanya menggunakan public phone yg perlu menunggu turn utk call keluarga. tp rasanye saya dan kwn2 boleh survive selama 5 tahun.

apa yg boleh diimplementasikan dlm proses pembelajaran dalam kelas adalah DENDA. seem mcm memalukan pelajar. tp masa zaman kami dulu denda dah menjadi sebahagian proses pembelajaran kami dan dalam tempoh itu tiada satu pun serangan daripada ibubapa kepada sekolah. contoh untk subjek bm form 3 zaman cikgu azemi, kesalahan satu perkataaan yg dieja dalam karangan kami dikenakan denda untuk mengulang tulis perkataan dalam 2 page buku karangan 3 column setiap page. daripada situ kami belajar untuk lebih fokus semasa menulis karangan.

rasanye dah cukup panjang komen saya hari ini, yg pasti kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar jgn sesekali menunding jari kepada mana-mana pihak. apa yang penting adalah perkara kita bljr drpada kegagalan itu (post-mortem)dan bagaimana kita bertindak untuk bangkit dan mencipta kejayaan.

kepada pelajar2 spm 2013 faris petra, jangan rasa risau/takut anggaplah ini satu cabaran untuk kalian semua. belajar lah dari sekarang, jgn lalai kepada tuhan, hormat ibubapa dan guru, ikhlas dalam belajar dan pasti anda semua akan temui kejayaan.

untuk pengetahuan, saya bukanlah pelajar yg sgt cemerlang dalam spm tapi alhamdulillah dengan berkat daripadaNya kini saya bangga dengan apa yang perolehi dan saya sgt bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya.

teruskan berjuang, perjuangan belum selesai....

CiKgUaZeMi said...

Terima kasih 'senior said' atas pandangan dan cadangan yang bernas. Tentang denda menulis pembetulan sebanyak 100 untuk 1 kesalahan ejaan itu salah satu usaha untuk menunjukkan penting sesuatu dan perlu diberikan perhatian.. Denda itu akan lenyap apabila pelajar dah mula ambil perhatian.

Anonymous said...

pada pendapat saya, warga faris terlalu bangga dengan kejayaan pelajar batch2 sebelum ini. walaupun faris petra dah berjaya dapat gelaran sekolah premier, jangan rasa kita terlalu hebat sangat. saya tanak compare faris petra dengan sekolah lain, tapi kalau boleh cuba contohi MARA BITARA, SBP2 yang hebat seperti ASiS, KISAS. takpun cuba tengok sistem sekolah IMTIAZ, MAAHAD, SMKA lain. lagi satu, jangan kita terlalu pandang rendah dengan sekolah2 lain. pelajar2 pun, jangan rasa diri tu hebat sangat sampai nak buat revision last minute. kita kena ingat, semua nikmat datang daripada ALLAH SWT.

wallahualam~

Si Kosong said...

Assalamualaikum wth...
Sekadar pandangan dua puluh sen.

Awal-awal tahniah kepada semua yang berjaya dan tidak berjaya dalam SPM yang lepas. Anda sudah cukup dewasa, mungkin, untuk mengetahui erti bersyukur, biarpun dalam keadaan yang paling tidak menguntungkan anda. Orang kata ada hikmah tersembunyi, dan saya akan tambah lagi dengan mengatakan bahawa SPM ini bukanlah segala-galanya dalam perjalanan akademik anda.

Begini.

Melihatkan kesedihan cikgu2 terhadap keputusan yang lalu, saya ingin membuat penilaian saya sendiri. Ada dua sisi pandang berbeza dalam hal ini: a) pihak pengurusan/cikgu2 melihat keputusan ini secara kolektif bahawasanya ranking sekolah telah merosot b) pelajar2 melihat dari segi masa depan mereka sendiri yang tidak pasti.

Biarpun kebanyakan lepasan SPM akan sentiasa 'membanding-banding keputusan SPM' secara sinikal, hakikatnya mereka jarang melihat dengan pandangan serius seperti seorang cikgu untuk memastikan GPS sentiasa meningkat. Dan pihak pengurusan pula mungkin terlepas pandang yang pendidikan di sekolah bukan untuk 'kecemerlangan sekolah semata-mata', sehingga terlupa yang dididik ialah pelajar bukan sekolah.

Kesan tidak langsung perkara ini ialah, pelajar tiada dorongan secara kolektif untuk meningkatkan nama sekolah (sekadar lihat result cukup makan sendiri sahaja) dan pihak pengurusan pula akan meluahkan 'kekecewaan' kerana batch tersebut prestasinya teruk (yang akhirnya menyebabkan lepasan lebih rasa down untuk menempuh dunia baru).

Sepatutnya ada kompromi.

Para pelajar, daru satu sudut, perlu merasai kebersamaan dengan visi dan misi sekolah. Mereka akan lebih terdorong untuk berusaha mewangikan nama sekolah jika tujuan yang satu ini dapat ditanam seteguh-teguhnya. Buktinya, banyak dalam kalangan pelajar sekolah2 yang terbaik ada keazaman batch yang tinggi untuk mengalahkan batch2 yang lepas, bahkan di Faris-petra sekalipun. Kebanggaan terhadap batch dapat diusahakan dengan pada awalnya mengukuhkan ukhuwah sesama batch, meletakkan kepentingan 'hidup untuk kebaikan bersama', bukannya 'sendiri-sendiri' tertumpu dalam grup2 kecil dalam batch tersebut sahaja.

Pihak sekolah pula janganlah melupakan bahawa para pelajar ini juga ada keperluan - maafkan saya - individualistik sendiri. Kasih sayang, dorongan kendiri, pembelajaran luar silibus, kemanusiaan, nilai dan cara pandang kebanyakan masanya disisihkan untuk memberi ruang kepada 'jenama' dan 'reputasi' sekolah.

Benar, SPM boleh menjadi kayu ukur berjaya atau tidak didikan seorang guru. Tetapi sampai bila perlu kita pedulikan turun naik akademik keseluruhannya jika masih ramai lagi lepasan sekolah terumbang-ambing dengan pengurusan hidupnya, lemah jati diri, melupakan agama, anti sosial bahkan ini tidak termasuk segelintir kecil yang sudah terlibat dengan perkara2 haram?

maafkan keterlaluan berbahasa dan kesilapan sendiri. Semoga lepasan SPM kesemuanya boleh mencari keazaman sendiri untuk berjuang dengan tujuan yang betul. Dan semoga cikgu-cikgu sentiasa tabah mendidik.

Salam sayang dan rindu....

CiKgUaZeMi said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera khususnya untuk warga Farisian sekalian,
Terima kasih atas pandangan, cadangan dan perhatian yang diberikan.

Berdasarkan respons yang diberikan, dapt cikgu rumuskan bahawa kebanyakannya adalah umum dan jika boleh komen dan respons itu biarlah lebih spesifik dan analitik.
Contohnya melihat kepada era Wan Hamzah, era KJ dan era kini. batch dan ketika sebelum kluster, kluster, SBT dan kini SBP premier. guru Faris masih yang sama, jumlah GC, program sekolah dsbnya.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM