FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, March 18, 2013

FARIS PETRA JUARA HOKI ZT...!


REKOD BAHARU
TEMERLOH, 18 Mac 2013 - Satu sejarah dilakarkan oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra apabila pasukan hoki perempuan bawah 18 tahun telah julung-julung kali muncul sebagai juara Kejohanan Hoki SBP Zon Timur 2013 kategori perempuan. Pada perlawanan penentuan juara dan naib juara, Faris Petra (P) telah berjaya menumpaskan SMACH dengan 3 jaringan tanpa balas. Pada edisi yang lepas, Faris Petra hanya di kedudukan naib juara.
Dalam satu lagi perlawanan akhir, Faris Petra lelaki hanya berpuas hati di tangga naib juara apabila tewas kepada musuh tradisi, SMACH dengan keputusan jaringan yang tipis iaitu 0 - 1. Walaupun memberikan saingan yang hebat serta ramai pemain utama tercedera, Faris Petra nyaris-nyaris mencipta kejayaan berganda. Nasib masih menyebelahi SMACH dan kejohanan edisi pada kali ini masih dikuasai oleh sbp dari Kelantan.
KEPUTUSAN PENUH KATEGORI LELAKI:-

FINAL
  • FARIS PETRA VS SMACH: 0 - 1
KETIGA-KEEMPAT
  • SESMA VS BRAINS: 3 - 0
KEPUTUSAN PENUH KATEGORI PEREMPUAN:-

FINAL
  • FARIS PETRA VS SMACH: 3 - 0
KETIGA-KEEMPAT
  • SHAH VS SEMERDU: 1 - 0


No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM