FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, April 6, 2011

TOK GURU TAK CAYA...!

Nik Abdul Aziz tidak percaya Anwar terlibat rakaman video seks

KOTA BHARU 5 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah individu yang berada dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' baru-baru ini.
Beliau berkata, ia berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang telah melihat rakaman video tersebut.
Malah, beliau menyifatkan rakaman video tersebut sebagai satu pembohongan besar untuk menjatuhkan maruah Anwar.
"Satu daripada perkara yang jelas menunjukkan kepalsuan ialah kerana apa lensa kamera itu tidak difokuskan kepada Anwar.
''Muka Anwar tidak dapat nampak langsung, ini nampak kepalsuan, kita nak tunjuk itu Anwar tetapi tidak ada muka Anwar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di JKR 10 di sini, hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/4/2011

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM