FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, April 27, 2011

MESSI LUAR BIASA...!

Masih pening-pening lalat kerana menonton perlawanan antara Real Madrid dengan Barcelona. Pasukan pilihan telah menang 2 - 0. Dendam Barcelona telah terbalas setakat ini. Messi berjaya membuktikan bahawa dia pemain terbaik dunia setelah berjaya menjaringkan kedua-dua gol yang luar biasa dan fantastik. Mungkinkah Barcelona akan melangkah ke final Piala Liga Juara-Juara Eropah edisi ini...?

Sebenarnya petang tadi cikgu ke Rantau Panjang untuk membeli 2 set jersi pasukan hoki untuk digunakan dalam kejohanan hoki peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu nanti. Yang peliknya, cikgu juga terbeli sehelai jersi Barcelona untuk diri sendiri. Mungkinkah ini petanda awal, Barcelona akan menjadi juara tahun ini...? 
  • REAL MADRID VS BARCELONA: 0 - 2

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM