FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, April 20, 2011

SALAM DARIPADA PAKAR 'BRAIN'...!


Profesor Dr. Haji Jafri Malin Abdullah
Tarikh Lahir: 5 Disember 1962
Faris Petra: 1978 - 1979


PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Profesor Jafri telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin atau lebih dikenali pada masa itu sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang daripada 1976 hingga 1977. Kemudian, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra mulai 1978 hingga1979. Setelah itu beliau dihantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Leederville Technical College, Perth di wilayah Western  Australia pada tahun1980 dan 1981 dan kemudiannya mendaftar seketika sebagai Sarjana Muda BSc(Mikrobiologi) di University of Western Australia ,Perth.
Antara ijazah yang Profesor Jafri peroleh ialah Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1986. Lapan tahun selepas itu beliau memperoleh Diploma Kepakaran Pembedahan Neuro pada December 1994 daripada Universiti Ghent, Belgium. Seterusnya, ijazah Doktor Falsafah ( Sains Bioperubatan) Universiti Ghent, Belgium di bawah seliaan Prof Luc Calliauw dan Prof Jacques Caemaert, Universiti Ghent, Belgium diberikan kepadanya pada bulan Mac 1995.

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
Pada tahun 1999 beliau mendapat Anugerah Saintis Muda Negara Malaysia. Mulai tahun 2001-2009 beliau dilantik untuk menjadi Penyelaras program Sarjana Neurosurgeri, neurologi dan Sarjana/Phd Neurosains di Pusat Pengajian Sains Perubatan. Beliau juga menjadi Ketua Penyelidikan Kelompok ("Kluster") Sains Otak, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM pada tahun 2004 hingga 2010. Beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa, Rangkaian Program Neuro Sains, Pertubuhan Penyelidikan Otak Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya International Brain Research Organization(IBRO) pada 2007. Kejayaannya tidak berhenti di situ, apabila beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Jurnal Sains Perubatan,Malaysian Journal of Medical Sciences pada 2008. Pada tahun 2009 beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM dan juga Presiden Society for Neuroscience, Amerika Syarikat (Malaysian Chapter) dalam tahun 2009.
Sumber: ms.Wikipedia.org

1 comment:

Neuronman said...

Salam,Cikgu,
Terharu saya melihat cerita saya di blog cikgu.Saya ini hanya menjalankan tugas saya sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab terhadap bangsa,negara dan agama tanpa menaryh harapan ke atas apa2 balasan.Saya berharap lebih lagi saintis Brain dapat dilahirkan daripada Faris untuk mendapatkan kunchi rahsia bagaimana untuk menyembuhkan penyakit dunia.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM