FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, May 21, 2014

SKUAD 18L HOKI MUNCUL N. JUARA...!

NAIB JUARA NEGERI
Pasukan Hoki Lelaki 18 tahun Faris Petra keluar sebagai naib juara MSSK 2014 dalam Kejohanan Hoki MSSK bawah 18 Lelaki yang berlangsung pada 15 - 19 Mei 2014 di Stadium Hoki Kijang Emas, Pasir Mas. Kejohanan yang melibatkan 9 buah PPD itu menampilkan 10 buah pasukan iaitu MSSD Pasir Puteh, MSSD Bachok, MSSD Kuala Krai, MSSD Gua Musang, MSSD Pasir Mas, MSSD Tumpat, MSSD Jeli, MSSD Machang, dan 2 wakil MSSD Kota Bharu iaitu Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan.
Faris Petra yang mewakili Kota Bharu Utara bergabung dengan pemain SMK Putera, dan Panji telah berjaya melangkah ke final setelah mencipta beberapa kejutan. Keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan Faris Petra (KB Utara) ialah:-
  • Faris Petra (KB Utara) Vs MSSD Gua Musang: 1 - 0
  • Faris Petra (KB Utara) Vs MSSD Bachok: 2 - 0
  • Faris Petra (KB Utara) mendapat 'bye' di peringkat Suku Akhir
  • Faris Petra (KB Utara) Vs MSSD K. Krai: 2 - 0 (Separuh Akhir)
Keputusan yang paling mengejutkan pada edisi 2014 ialah kedua-dua buah pasukan yang mewakili MSSD Kota Bharu berjaya melangkah ke final yang mana mempertemukan pasukan Faris Petra (KB Utara) dengan KB Selatan yang rata-rata terdiri daripada pemain dari SIC.
Pada perlawanan final tersebut, penentuan juara dan naib juara negeri terpaksa ditentukan oleh penalti shoot out kalah mati, setelah terikat 1 - 1 selepas tamat masa perlawanan.
Faris Petra (KB Utara) akhirnya terpaksa akur dengan nasib yang lebih berpihak kepada lawan dengan tewas tipis 3 - 4. KB Selatan muncul juara manakala Faris Petra yang mewakili Kota Bharu Utara menjadi naib juara kejohanan.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM