FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, May 12, 2014

FARIS MENANG GOLD AWARD...!

SMSTMFP menang Gold Award
SMSTMFP menang Gold Award bagi Inovasi Sains dalam pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad yang telah berlangsung dari 17-20 April lepas di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin , anjuran  bersama KPM dan USM. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra di wakili oleh tiga orang pelajar iaitu Nur Syazan Aziz, Ilham Maihah Muhammad dan Nabila Zakrina Zakaria dari tingkatan lima.
Abtrak Kajian :
Dengan peningkatan hidup global sekarang, permintaan kertas kian meningkat dan akan terus meningkat pada masa hadapan. Penebangan pokok terus bertambah bagi membekalkan pulpa untuk pembuatan kertas. Tandan Buah Kosong (TBK) yang terdiri daripada 70% selulosa dan hemiselulosa, 17% lignin dan 1% debu ditinggalkan selepas buah sawitnya dikutip. Pulpa daripada TBK sudah mula digunakan untuk pembuatan kertas. Kajian ini dijalankan bagi menggunakan sisa pengeluaran minyak sawit seperti TBK untuk pembuatan kertas. Kaedah kajian ini melibatkan pelunturan dan penghancuran TBK sebagai asas setiap kajian. Kaedah pelunturan bebas klorin iaitu menggunakan hidrogen peroksida beralkali telah diterapkan. TBK direndam dalam hidrogen peroksida beralkali dan direbus selama 20 minit sehingga mencapai suhu 100 oC. Kemudian, TBK yang siap direbus akan menjadi gentian yang lembut dan mempunyai kecerahan 75 - 80% dengan kualiti kertas yang boleh dibandingkan dengan kertas biasa. Gentian lembut TBK dihancurkan dan dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu sekitar 50 darjah Celcius. Kertas berlainan juga dihasilkan dengan mencampurkan hancuran kotak kadbod lama dengan peratus berat pulpa kimia TBK: 100% TBK, 75% TBK, 50% TBK, dan 25% TBK. Bagi setiap jenis kertas yang dihasilkan, Indeks koyak dan Tekanan stress dikenal pasti.Dapatan kajian ini meyakinkan kami bahawa TBK dapat dijadikan kertas yang berkualiti dan pada masa yang sama dapat mengurangkan penebangan pokok dan menyelamatkan bumi.

1 comment:

Unknown said...

Tahniah buat semua...semoga terus berjaya di masa akan datang :-) I'm proud to be part of Farisians :-)

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM