FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, May 5, 2013

HOKI LELAKI TIADA NASIB...!


KECUNDANG KERANA NASIB
Kejayaan pasukan hoki perempuan seakan-akan memalapkan secebis cahaya harapan Faris Petra lelaki pada kejohanan kebangsaan edisi pada kali ini. Pasukan hoki lelaki kebiasaannya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 pasukan terbaik dalam setiap kejohanan, namun edisi kali ini pasukan hoki lelaki gagal layak ke pusingan XY setelah hanya menang sekali dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Faris Petra diundi mendiami kumpulan maut bersama-sama dengan pasukan dari Sekolah Datuk Abdul Razak (SEDAR), SMS Selangor (SMSS) dan MCKK. Walaupun telah mempamerkan kehebatan, namun fakta nasib, Faris Petra akhirnya gagal meneruskan perjuangan.
Keputusan Penuh Perlawanan Kumpulan B
  • FARIS PETRA VS SEDAR: 1 - 2 (Jaringan pukulan sudut penalti minit akhir)
  • FARIS PETRA VS SMSS: 0 - 1 (Tewas walaupun menguasai permainan)
  • FARIS PETRA VS MCKK: 2 - 0
Kekalahan berturut-turut yang dialami oleh Faris Petra juga mungkin berpunca daripada susunan jadual yang ketat yang mana pasukan ini terpaksa menempuh dua perlawanan sukar berselang 2 jam sahaja. Perlawanan ketiga menentang MCKK telah diadakan pada keesokan hari telah memberikan peluang untuk Faris Petra menunjukkan belang sebenar.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM