FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, May 4, 2013

FARIS PETRA LAKAR SEJARAH...!

TIGA TERBAIK KEBANGSAAN
Pasukan hoki perempuan SMS Tengku Muhammad Faris Petra mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai sebuah kuasa baharu yang berjaya menempatkan diri  di kancah persaingan peringkat separuh akhir, Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan edisi 2013 di SMS Kepala Batas, Pulau Pinang. Pasukan yang menjadi juara Kejohanan Hoki SBP Zon Timur 2013 di SBPI Temerloh ini walaupun tidak diberikan harapan yang tinggi oleh kawan dan lawan akhirnya hampir-hampir menempah slot perlawanan akhir sebelum dinafikan oleh pasukan pilihan Sekolah Seri Puteri (SSP) dengan jaringan tipis 1 - 0. Tiga percubaan tepat ke tiang pintu gol SSP menjadi bukti bahawa Faris Petra tidak bernasib baik pada perlawanan separuh akhir edisi kali ini.
Bersama ini dinyatakan keputusan lengkap perlawanan yang melibatkan pasukan hoki perempuan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra;-
PUSINGAN AWAL
  • FARIS PETRA VS SEKOLAH SERI PUTERI: 2 - 2 (setelah dua kali mendahului)
  • FARIS PETRA VS SBPI GOPENG: 2 - 0
PUSINGAN X-Y
  • FARIS PETRA VS SERATAS: 1 - 0
  • FARIS PETRA VS SEKOLAH TUNKU KHURSIAH: 0 - 1
  • SERATAS dan FARIS PETRA layak ke separuh akhir kerana perbezaan gol
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
  • FARIS PETRA VS SSP: 0 - 1
PENENTUAN TEMPAT KE-3/4
  • FARIS PETRA VS SMACH: 4 - 3
KEPUTUSAN LENGKAP KEJOHANAN (KATEGORI PEREMPUAN)
  1. SEKOLAH SERI PUTERI (SSP)
  2. SEKOLAH RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)
  3. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
  4. SMS MACHANG

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM