FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, March 21, 2013

SPM 2012 FARIS MERUDUM...!


SPM 2012 FARIS PETRA MERUDUM
Pada mulanya cikgu bercadang untuk memuatkan berita-berita tentang Majlis Anugerah Cemerlang ke-38 yang berlangsung pada pagi ini berserta gambar-gambarnya sekali, namum apabila mendapati keputusan SPM 2012 Faris Petra di luar jangkaan sama sekali, hasrat itu terkubur begitu sahaja.
Fuuuuhh... ! Bagaimana nak cikgu mulakan? .........Sebenarnya keputusan SPM 2012 bagi Faris Petra amat mendukacitakan semua warga Farisian. Kita gagal mempertahankan pencapaian juara negeri yang selama ini menjadi milik kita. Malah keputusan yang diumumkan pagi tadi menyaksikan kita berada di kedudukan ketiga negeri Kelantan selepas SMS Machang dan SMKA Naim Lilbanat. Di peringkat SBP pula setakat pukul 11.00 malam ini, Faris Petra berada di kedudukan ke-25 setelah 46 buah SBP mengemaskinikan keputusan masing-masing dalam sbpexcellent.
Seramai 172 orang calon menduduki SPM 2012 dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.9001 berbanding 1.5287 (2011) iaitu mengalami kemerosotan sebanyak -24.3, mustahil kedudukan Faris Petra kekal di tangga ke-25 yang diperoleh setakat ini apabila banyak lagi SBP yang akan mengemaskinikan analisis mereka.
Dalam SPM 2012, seramai 33 orang calon mencapai kelulusan semua A iaitu 16 orang memperoleh 10A, manakala 17 orang pelajar lagi memperoleh 9A.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum w.b.k. Semoga keputusan yang lebih baik akan diperolehi untuk calun-calun APM tahun ini dan seterusnya. Inn sya Allah

CiKgUaZeMi said...

Insya-Allah.

Anonymous said...

Tak apa lah Cikgu. Kadang2 munkin statistics bukan kayu pengukur semata2...

Anonymous said...

Sudah tiba masa Faris Petra berhenti meuding jari kepada mana-mana pihak bila keputusan peperiksaan jatuh merundum. Cikgu menuding jari kepada pelajar dan alumni menuding jari kepada cikgu.
Sekarang Faris Petra sepatutnya mencari jalan untuk menaikkan kembali nama Faris Petra. Libatkan lebih ramai alumni dalam aktiviti pembelajaran seperti di MCKK dan Seri Putri.
Kami sebagai Alumni sedia membantu jika ada platform. Tapi platform pun tidak ada, macam mana? Kami boleh membantu dalam Bahasa Inggeris juga kerana English di Faris Petra agak ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah bandar yang lain.
Apa-apa pun, tahniah Faris Petra dan SPM bukan pengukur sebenar kejayaan. Terima kasih.

Grau said...

hop lepas tue kita jadikan sebagai tauladan. moga tahun hadapan farisian bergerak lebih maju

dr saya nizar (spm07)

Anthoneo said...

Berdasarkan ranking 2012, ranking SPM 2011 masih top 10 walaupun subjek BI jauh merosot. Kemungkinan tahun itu juga 2 atau 3 orang dapat semua A+. Tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana mendapat pemeriksa yang sangat bertauliah.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM