FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, January 24, 2013

KHABAR GEMBIRA...!

Sempena Maulidur Rasul hari ini, cikgu ingin mengingatkan diri cikgu dan Farisian sekalian agar kita sentiasa mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati. Semoga dengan terbitnya rasa cinta itu akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah maha pencipta. Amin.

Pada kesempatan ini juga cikgu ingin mengkhabarkan berita gembira iaitu salah seorang guru lelaki kita telah memperoleh cahaya mata pada pagi 22 Januari 2013. Beliau ialah Cikgu Azaman, guru Bahasa Melayu menengah atas. 
Berita yang satu lagi ialah Cikgu Tuan Hj. Mohd Abd. Ghazi, cikgu Bio, akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak lelakinya, Ahmad Zuhri b. Mohd Abd, Ghazi. Kenduri tersebut akan berlangsung pada hari Sabtu, 26 Januari 2013.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM