FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, January 2, 2013

CETUSAN TAHUN BAHARU...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bertemu lagi kita warga Farisian terutamanya, dalam meniti arus kehidupan yang penuh rencah peristiwa, sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk menghitung sisi diri, dek kerana taksub memikirkan putaran dunia yang tak pernah sudah. Lalu, apabila kaki tersadung oleh akar banir, barulah kita mahu memandang ke bawah. Itu pun sekadar mencari helah, kenapa aku jatuh.
Tahun 2013 menjelma dan meninggalkan 2012 yang penuh dengan seribu macam cerita. 2012 yang pergi pasti tidak akan kembali. 2013 yang masih keanak-anakan ini pula, perlu dipupuk biar menjadi tahun yang lebih membalang hitungan kemenangan dan kejayaan. Biar menjadi sejarah manis kehidupan sebelum kita meninggalkannya buat selama-lama.
 
'Farisian sentiasa gemilang'
 
Salam daripada cikgu azemi.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM