FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, April 20, 2012

NO. 269 TAK BERUBAH-UBAH...!


Assalamualaikum Farisian sekalian,
Selamat berhujung minggu dan selamat berehat bersama-sama keluarga tersayang. Yang masih study tu, buku janganlah ditinggalkan jauh...! Kepada yang sudah berkeluarga, peliharalah hubungan mesra antara ahli keluarga semuanya. Fikirlah sesuatu aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga ketika berhujung minggu seperti ini.
Sebenarnya Faris-Petra.com juga mempunyai tujuan yang sama, iaitu bertujuan untuk mengeratkan hubungan warga Farisian sekalian. Informasi-informasi terbaru yang dimuatkan dalam blog ini adalah bertujuan mendekatkan Farisian dengan sekolah tersayang. 'Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan'. Walaupun mengemaskinikan blog ini memerlukan komitmen, dan kesabaran yang tinggi serta masa yang banyak, namun... cikgu berjanji, akan cuba membuatnya dengan sehabis baik!
Satu yang amat diharapkan cikgu daripada pembaca dan Farisian sekalian, jadilah followers blog cikgu ini agar segala butiran terkini yang dimuatkan terus tiba ke pangkuan.... Dunia di hujung jari anda...!
Kini jumlah followers cikgu telah mencecah angka 269.... Angka ini rasanya sudah hampir seminggu tak berubah-ubah,  Jadi jomlah, segera tingkatkan jumlah followers blog cikgu ini.
Farisian sekalian! Jika tidak kita, siapa lagi?

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM