FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, April 15, 2012

MAHAL SENYUMAN...!

SUKA DUKA DI HO CHI MINH CITY...

Hampir semingu cikgu tidak mengupdate blog ini, bukan apa... kerana program bersama-sama pemain hoki ke Vietnam 11 - 14 April 2012 menyebabkan peluang cikgu untuk mengemaskinikan blog ini boleh dikatakan tiada langsung. Dan kini cikgu sudah berada di bumi Faris dan Insya-Allah, cikgu akan cuba melaporkan detik-detik pengalaman pahit manis dan suka duka kami ketika program pengantarabangsaan pasukan hoki Faris selama 4 hari 3 malam di kota Saigon tersebut. Daripada pengalaman bergaul dengan masyarakat di sana, sikap peniaga yang agak kasar dan ganas, ditipu hidup-hidup oleh si penggilap kasut, sehinggalah kepada peluang bermain hoki dengan pasukan hoki negara Vietnam yang sedang membuat persiapan ke sukan SEA 2014 di Singapura. .....Insya-Allah, satu-persatu akan cikgu ceritakan.
Betullah kata orang tua-tua, 'lain padang, lain belalang. Walau bagaimanapun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri', lebih baik negeri sendiri.  

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM