FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, November 21, 2011

SAINS FORENSIK...!

SAINS FORENSIK merupakan kaedah saintifik membabitkan penyiasatan kes jenayah untuk menegakkan keadilan dalam setiap kes pendakwaan. Dewasa ini keperluan pakar forensik dalam sektor awam dan swasta amat tinggi. Antaranya seperti:-
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM),
  • Kementerian Kesihatan,
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
  • Jabatan Pengangkutan Jalan,
  • Kastam Diraja Malaysia,
  • Jabatan Kimia Malaysia, dan
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Selain menjadi pegawai forensik, graduan kursus ini boleh berkhidmat sebagai pakar linguistik forensik iaitu bidang kerjaya yang menumpukan kajian kepada menganalisis maklumat bertulis, lisan dan dokumentasi yang direkodkan pelaku jenayah di tempat kejadian atau sesi soal siasat.

Antara bidang yang dipelajari oleh seseorang pelajar bidang ini adalah seperti:-
  • Psikologi,
  • Kriminologi (kajian perlakuan penjenayahan),
  • Perubatan forensik,
  • Kimia analitikal,
  • Kriminalistik,
  • Balistik,
  • DNA,
  • Serologi, dan
  • Sistem pengadilan jenayah.
Syarat-syarat untuk mengikuti kursus ini, seseorang pelajar itu mestilah mempunyai asas yang kukuh dalam subjek Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik dan juga Bahasa Inggeris.

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia 5 Nov 2011

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM