FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, November 15, 2011

MALAYSIA NOMBOR SATU...!

TAHNIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA...!!

Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 15 November, "Rakyat Malaysia berada di tempat pertama dalam kalangan negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik yang menghadapi masalah obesiti ataupun kegemukan".
Hal ini menggembirakan....? Manakan tidak, pencapaian negara itu sebenarnya mengggambarkan bahawa:-
  • Taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat kesan daripada kemajuan ekonomi negara;
  • Kehidupan rakyat yang semakin mewah dan makmur;
  • Gaya hidup yang lebih moden;
  • Tahap kesihatan rakyat yang semakin meningkat.
Masyarakat kita pun sejak dulu-dulu lagi memang suka akan obesiti. Cuba kita renung-renungkan. Sejak anak masih bayi lagi para ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan bayi sihat. Bayi gemuk dan montel menjadi runtunan setiap ibu bapa!

Sekarang pun, orang-orang kita masih meneruskan budaya makan sebelum tidur. Tengok kopitiam, restoran mamak, kedai makan sehingga pukul 3.00 pagi pun, masih belum ditutup kerana permintaan pelanggan. Dan menu yang paling digemari ialah roti canai telur, nasi lemak ayam bakar, dan teh tarik. Wu...yu, best tu...! 
Memang sah obesiti punya....

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM