Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hamba di sisi-Nya sebagaimana hamba meletakkan-Nya di dalam dirinya.
Hari ini merupakan hari terakhir SPM 2011 bagi calon-calon Faris Petra dan kertas Biologi menjadi penamatnya. Kebiasaannya kertas ini menjadi masalah besar kepada calon-calon yang tidak gemar banyak membaca dan menghafal nota-nota...!
Walau apapun, buat yang terbaik kerana kesemua subjek adalah penting.
Dan pada petang ini akan dilangsungkan Majlis Sirih Pulang ke Gagang.
Baru beberapa bulan dilantik sebagai PK1 Faris Petra, terdengar desas-desus berita yang Tn. Hj. Mukhatar, Penolong Kanan Pentadbiran dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di salah sebuah sekolah ternama di Bachok. Penulis baharu sahaja mendapat berita dan jika benarlah, sekalung tahniah buat ustaz dan selamat bertugas di tempat baru.
Pada pagi esok hingga ke petang, calon-calon SPM Faris Petra akan berdepan dengan tiga kertas Kimia yang pastinya cukup mencabar. Jangan risau ............SPM merupakan satu pesta untuk Farisian sekalian.
Anis ketika melancong ke Korea Selatan pada Julai lalu....
Kenangan dengan rakan-rakan seperjuangan di NY... Nur Anis Hanim Azemi
Faris Petra: 2003 - 2007
Intec: 2008 - 2009
2010: Rochester Institute of Technology (New York) - Bioteknologi
Nik Nur Ayunni Bt. Mohd Yusoff (Yunni Ayunni) Faris Petra: 2000 - 2004 (5 Alpha) Universiti Teknologi Petronas (UTP): 2005 - 2009 Kerjaya: Eksekutif di Petronas Carigali Sdn. Bhd, KLCC.
Cikgu mohon maaf banyak-banyak kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Nor Ayunni kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Lembaga Peperiksaan.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan kesempatan melangkah ke tahun 1433 Hijrah, semoga tahun yang mendatang ini membawa keberkatan yang lebih banyak dalam kehidupan kita. Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW yang telah membawa petunjuk kepada kita dalam mengharungi dunia yang fana ini.
Kesempatan ini penulis ingin mengajak diri sendiri dan Farisian sekalian agar lebih istiqamah dalam mengerjakan suruhan Allah dan sama-sama berusaha meningkatkan amal ibadat tuntutan agama.
Bangunan kelas Faris Petra (SMS Kelantan) dan kantin yang masih tidak berdinding penuh.
Persekitaran kampus yang gersang tanpa pokok-pokok yang menghijau seperti kini.
Hari ini dalam sejarah... Faris Petra ketika itu serba kekurangan...
Serinya belum ada...!
Dengan sepupu..... (zaman dulu-dulu)
Haragam....
5 Beta (2011)
Rehat minda...
Final hoki HKSBP Zon Timur 2011..
HKSBP Zon Timur 2010...
Made in Faris Petra...
Sambil mendidik anak Farisian, cikgu juga mendidik anak-anak sendiri di bumi Faris. Setakat ini 3 orang anak cikgu yang sama-sama belajar di pusat kecemerlangan ini. Seorang di tingkatan 2 Alpha, seorang di tingkatan 5 Beta dan seorang tu dah ke overseas. Terima kasih Faris Petra.