FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, May 17, 2011

SAH KELANTAN BERTEMU TERENGGANU...!

KARATHU (kiri) memberi penerangan kepada pemain Kelantan sebelum  
menjalani latihan ringan, semalam. - Foto Fathil Asri
KUALA LUMPUR – Kelantan dan Terengganu secara rasmi mengesahkan pentas perlawanan akhir Piala FA musim ini selepas tidak berdepan masalah mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua semalam.
Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan yang sudah sebelah kaki ke perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama, tetap beraksi dengan penuh bersemangat untuk seri 1-1.
Keputusan itu memastikan kemaraan mereka ke final pada 21 Jun ini dengan agregat selesa 6-2.
Skuad The Red Warriors yang turun tanpa lima orang pemain utama termasuk penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha tetap mempamerkan aksi garang bagi menyekat kebangkitan Selangor. Kelantan terlepas 7 peluang keemasan untuk menambah jaringan akibat kegopohan penyerang muda yang gagal memanfaatkan peluang walaupun gawang gol sudah terbuka luas...!

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/5/2011

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM