FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, May 4, 2011

BERMULA MINGGU YANG MENCABAR...!

ASSALAMUALAIKUM,

Apa khabar dan apakah perkembangan terbaru yang ditempuhi semua? Cikgu harap semuanya berjalan lancar dan menepati target seperti yang dirancang. Pertama-tamanya cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan positif yang diberikan oleh warga Farisian sekalian terhadap Faris-Petra.com sehingga 'tak menang tangan cikgu dibuatnya'.

Untuk lebih menjayakan blog Farisian ini, cikgu mengharapkan agar warga Farisian sekalian sudi untuk mengirimkan pelbagai artikel menarik, coretan pengalaman, nukilan puisi, madah dan seumpamanya untuk dikongsikan bersama-sama. Cikgu berharap cita-cita cikgu untuk menjadikan blog ini sebagai satu rangkaian komunikasi yang menghubungkan warga Farisian di seluruh dunia akan menjadi kenyataan. 

Percayalah, warga Farisian merupakan satu komuniti yang gemilang dan mampu mencatat segala impian dan mengubahnya menjadi satu kenyataan.

Sebelum terlupa, cikgu ingin memohon maaf jika beberapa hari akan datang ini mungkin cikgu akan terlewat untuk mengemaskinikan blog ini kerana terpaksa menempuhi hari-hari mencabar di kejohanan hoki SBP peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu bermula 5 - 9 Mei 2011.
( 2 team, lelaki dan perempuan, 2 stadium yang berbeza....!!!!)


No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM