FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, October 17, 2011

FARISIAN DULU DAN SEKARANG...!


Cikgu Abu Bakar (duduk di tengah) ketika 1975 mungkin sebagai Guru Penasihat Persatuan Ilmu Alam..! Lihat fesyen rambutnya dan gaya penampilannya, dan cuba lihat foto di bawah, Cikgu Abu Bakar kini, ketika menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang 2011. Yang mana satu? Hai.... yang kanan sekali itulah Cikgu Abu Bakar, bekas Penolong Kanan 1 Faris Petra dan beliau pencen sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan sedikit masa dulu.
Detik waktu akan merobah segala. 
Semua orang akan melaluinya.......

Bekas-bekas 'orang besar' Faris Petra. Dari kiri Datuk Shafie, Tn. Hj. Sidi Omar, Tn. Hj. Wan Mat Tahir, Tn. Hj. Zainuddin dan Tn. Hj. Abu Bakar Ibrahim ketika diundang menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang 2011.

BAHAYA CONTACT LENS...!


Kepada pemakai kanta sentuh atau contact lens, mungkin anda sengaja membutakan mata anda secara diam-diam ataupun secara tak sengaja. Memanglah kanta sentuh banyak kelebihan dan jika kena gayanya, mata pun kelihatan lebih cantik dan menarik. TAPI awas! Kanta sentuh sangat berbahaya jika dipakai ketika anda berada berdekatan dengan api, contohnya ketika BBQ. Kanta sentuh yang diperbuat daripada getah atau plastik itu akan bertindak balas dengan haba dan pasti akan menghasilkan pelbagai bahan kimia yang berbahaya kepada mata si pemakai.
Beringat sebelum kena, jimat sebelum habis......

Sunday, October 16, 2011

KOLABORASI 3 SBP DI FARIS...!


PROGRAM KOLABORASI FARIS PETRA, SMACH DAN SCIPP
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM
16 OKTOBER 2011
DEWAN GEMILANG SMSTMFP

Sumber: Blog Cikgu Azaman

DOA UNTUK ANAK MENDUDUKI SPM 2011...!


Para ibu bapa yang mana anak-anaknya akan menduduki peperiksaan SPM 2011 nanti, anda digalakkan banyak membaca surah Insyirah ketika mereka sedang menduduki peperiksaan  semoga anak-anak kita itu akan diberikan kemudahan dan petunjuk oleh Allah ketika menjawab soalan-soalan.
Insya-Allah.

SULTAN KELANTAN JADI TIMBALAN YDP AGONG...!



Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.


Pemilihan itu berkuat kuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra ) dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Saturday, October 15, 2011

JALAN-JALAN DI FARIS...!

JALAN-JALAN KENANGAN..... 







Meninggalkan cebis-cebis nostalgia,
Yang tak mudah dilupa,
Yang sukar disapa,
Oleh rona-rona gersang, .... 
Yang tiada harga.

LENSA KEM AKADEMIK SPM 2011...!

PROGRAM PERFECT SCORE SPM 2011
MATA PELAJARAN TERAS
13 - 15 OKTOBER 2011
DI AURA TRAINING CENTRE, KANDIS, BACHOK, KELANTAN.











KLATE GAGAL PERTAHAN PIALA MALAYSIA...!

PERCATURAN M. KARATHU MEMAKAN DIRI...
Kelantan gagal pertahankan Piala Malaysia dan terpaksa akur akan kepintaran pasukan Penyu mengaturkan strategi mengekang asakan The Red Warriors yang ibarat harimau yang terluka. Walaupun menyerang kubu lawan bertali arus, tetapi kubu pertahanan sendiri pula dibolosi lawan 2 gol berpunca daripada serangan mengejut yang sekali-sekala oleh Terengganu. Kelantan berjaya membalas jaringan tersebut menjadikan keputusan perlawanan malam tadi 2 - 2. 
Tahniah Daud Su kerana anda bertindak bijak untuk 'kad merah' dan melihat rakan-rakan anda dimalukan di tengah padang.!!!
KEPUTUSAN SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 14/10/2011:-
  • KELANTAN VS TERENGGANU: 2 - 2 (AGREGAT: 3 - 5)
  • PERAK VS SELANGOR: 0 - 1 (AGREGAT: 1 - 4 )
  • T-TEAM VS SABAH: 2 - 1 (AGREGAT: 4 - 2 )
  • NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED: 3 - 0 ( AGREGAT: 3 - 1 ) 
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2011:-
  • TERENGGANU VS SELANGOR
  • T-TEAM VS NEGERI SEMBILAN

Friday, October 14, 2011

BATCH 2005 - 2009...!


:

Sumber: Album Fb Rofiah Kholis

INI BUKAN FARIS PUNYA...!


Siap dengan permintaan lagi...!

SELAMATKAN AKIDAH...!



SHAH ALAM - Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam di sini pada 22 Oktober ini bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, segala urusan termasuk permohonan permit bagi perhimpunan itu telah selesai dan pihaknya sedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit itu."Perbincangan awal telah dibuat dengan pihak berkuasa tertentu dan nasihat telah diberikan kepada kita berkaitan dengan perhimpunan aman itu."Kita akan pegang amanah itu dan setakat ini yang dimaklumkan kepada saya adalah tiada sebarang masalah dengan perhimpunan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia.

Sumber: Kosmo Online

Thursday, October 13, 2011

CABARAN CIKGU...!

SALAM DARIPADA TOKOH FARIS...!

Sabariah Mohd Zin

Pn. Sabariah... berdiri, kanan sekali...

Persatuan Ilmu Alam dan Sejarah 1975


Sabariah Mohd Zin
Faris Petra (SMS Kelantan): 1975 - 1978
1984: University of Adelaide - Applied Mathematics
1985: Institut Perguruan Temenggung Ibrahim
1996: York, UK - Msc Info Processing
Kerjaya:
1986 - 1991 - Guru di SM. Teknik Ipoh.
1991 - 1991 - Guru di SM. Teknik Kuala Lumpur.
1991 - 1999 - Pensyarah UiTM Shah Alam.
1999 - 2000 - Pensyarah  Prime College.
2001 - 2005 - Pensyarah Kanan Unisel.
2005 - 2008 - Pensyarah Sambilan UiTM dan Unisel.
2008 - 2011 - Consultant di MMCCB

KOMEN ANAK...!

abah letak lagu cinta muka buku kat blog..berjiwa remaja jugak cikgu azemi nih..hahaha *muka terkejut*


SALAM DARI TV3...!



Badan Pengawas 1977
Jailani Che Idrus, baris ke-3, 5 dari kanan...!

Megat Jailani Che Idrus
Faris Petra: 1973 - 1978 -Pelajar rintis..SMSK (SMS. Tengku Muhammad Faris Petra)
Salford University, UK: 1983   - Bsc Pure & Applied Physics
Sussex University,  UK: 1999 - Master of Arts Education (Curriculum Evaluation & Planning In The
                                             Context of National Development)
Kerjaya: TV3

UNDANGAN KAHWIN DARIPADA FARISIAN...!



Humaira Hashim
Faris Petra: 2000
IPGM KSM Besut, Terengganu.
Guru di SK. Simpang Tiga, Parit, Perak.


Sirih Bertepuk Pinang Dibelah,
Dijamu Untuk Tetamu Kami,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Kini Tiba Pengantin Dirai...

Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai...=)

~~ Bismillihirrahmanirrahim...~~

Dengan sukacitanya saya ingin mengundang saudara mara,rakan-rakan dan kenalan ke majlis perkahwinan saya dan pasangan bertarikh 27/11/2011 ( 1 MUHARRAM 1433H ) di alamat yang tertera..=)

* majlis AKAD NIKAH akan dilangsungkan pada 07/11/2011 (11 ZULHIJJAH 1432H )

* majlis sebelah pihak lelaki di PASIR PUTEH akan diadakan pada 29/11/2011 ( 3 MUHARRAM 1433H )

>> kindly leave ur address utk tujuan peghantaran kad....<<

TERPILIH WAKILI NEGARA...!

Rasydan Rusli
PEMILIHAN MEWAKILI NEGARA KE PERTH AUSTRALIA
Seorang pemain hoki bawah 18L Faris Petra terpilih untuk pemilihan pemain mewakili negara ke Australia. Pemilihan itu akan berlangsung di Stadium Seremban 2, Negeri Sembilan pada 16 - 21 Oktober 2011. Pemain yang terpilih itu ialah Muhammad Rasydan bin Rusli dari 4 Alpha. Seramai 5 orang pemain dari Kelantan yang tersenarai ke pemilihan tersebut iaitu 3 orang daripada SMK. Hamzah, seorang daripada Sekolah Maahad Lelaki dan seorang lagi daripada SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM