FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, February 25, 2014

MASUK SURAT KHABAR...!

Harian Metro 25 Februari 2014 telah memuatkan berita kecemerlangan dua buah SBP Kelantan dalam Kejohanan Hoki SBP Zon Timur yang berlangsung di Kuantan pada 20 - 23 Februari 2014. Sebanyak 17 buah SBP Zon Timur dengan 33 buah pasukan yang mencuba nasib dan seperti yang diramal, Faris Petra dan SMACH sukar digugat oleh pasukan-pasukan lawan.
Sejak bermulanya kejohanan hoki SBP iaitu pada tahun 2006, Faris Petra dan SMACH akan mengisi slot juara dan naib juara bagi kategori lelaki dan perempuan. Seingat cikgu, Faris Petra hanya sekali gagal menduduki kedudukan juara atau naib juara selepas terlepas ke tangan SMS Dungun pada kejohanan edisi 2008.
Pada edisi kali ini, Faris Petra hampir-hampir menjuarai kedua-dua kategori setelah melihat kepada pencapaian pasukan di pusingan awal sehingga ke pusingan separuh akhir. Penentuan di final kategori perempuan, Faris Petra dengan mudah menjinakkan SMACH dengan dua gol tanpa balas. Perlawanan akhir kategori lelaki juga dikuasai oleh Faris Petra yang mendapatkan jaringan di minit-minit awal permainan. Beberapa peluang keemasan disia-siakan dan akhirnya SMACH dapat menyamakan kedudukan. Perlawanan sebenar tamat dengan kedudukan jaringan seri 1 - 1. Tambahan masa 'golden goal' terpaksa ditempuh. Dan ketika ramai menjangkakan penentuan juara akan dibuat melalui 'penalty shoot out', SMACH memperoleh gol kemenangan pada minit terakhir masa tambahan.
SEJARAH KEMENANGAN FARIS PETRA - SMACH:-
KEJ. HOKI SBP ZT 2011:-
  • KATEGORI LELAKI
  1. FARIS PETRA
  2. SMACH
  • KATEGORI PEREMPUAN
  1. SMACH
  2. FARIS PETRA
KEJ. HOKI SBP ZT 2012:-
  • KATEGORI LELAKI
  1. SMACH
  2. FARIS PETRA
  • KATEGORI PEREMPUAN
  1. SMACH
  2. FARIS PETRA
KEJ. HOKI SBP ZT 2013:-
  • KATEGORI LELAKI
  1. SMACH
  2. FARIS PETRA
  • KATEGORI PEREMPUAN
  1. FARIS PETRA dan ketiga peringkat kebangsaan
  2. SMACH
KEJ. HOKI SBP ZT 2014:-
  • KATEGORI LELAKI
  1. SMACH
  2. FARIS PETRA
  • KATEGORI PEREMPUAN
  1. FARIS PETRA
  2. SMACH


No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM