FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, October 10, 2012

JAWAPAN 31 - 40...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Janji mesti ditepati...! Kelmarin cikgu telah berjanji untuk memberikan jawapan BM 1 untuk soalan 31 - 40, dan alhamdulillah... semuanya akan disertakan selepas ini.
CUMA cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung blog ini kerana jumlah pengunjung kelmarin meningkat begitu mendadak sehingga memecahkan rekod kunjungan pelawat sepanjang tahun ini. Terima kasih.
Dalam banyak-banyak pengunjung itu, tidak kurang juga bertanyakan cikgu tentang jawapan-jawapan yang dirasakan 'was-was', al-maklumlah sekarang ini banyak cikgu kat luar sana tu!
Misalnya bagi soalan no. 14:-

14. "Cuba kaujelaskan kepada rakan-rakan engkau itu supaya dia tahu bahawa aktiviti ini diadakan untuk
                      A                                              B                      C
       kebaikan kita bersama," kata Ali kepada Tini. Tiada kesalahan
                                                                                     D
  • Jawapan untuk soalan 14 di atas ialah C kerana ganti nama yang betul untuk menggantikan kata rakan-rakan (ramai/banyak) ialah mereka. Kata ganti nama diri ketiga 'dia' menunjukkan seorang.
  • Ada pula pelawat mencadangkan soalan no. 14 itu, jawapannya ialah A. Alasannya adalah kerana sepatutnya kaujelaskan itu dijarakkan menjadi kau jelaskan. SEBENARNYA begini, kata ganti nama diri apabila dipendekkan seperti aku > ku, kamu > mu, engkau > kau mestilah ditulis rapat dengan kata kerjanya kerana sifatnya telah menjadi tidak mantap. Contoh:-
  1. engkau jelaskan > kaujelaskan
  2. hadiah kamu > hadiahmu
  3. aku hadiahkan > kuhadiahkan
Harap maklum.

JAWAPAN 31 - 40

31. D
32. B
33. C
34. C
35. D
36. B
37. C
38. D
39. D
40. D

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM