FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, June 17, 2012

HARI GURU 2012...!

Sambutan Hari Guru :)
Bertemakan musim sejuk...!
Pada 16 Jun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah mengadakan sambutan Hari Guru secara besar- besaran bagi menghargai jasa guru yang mendidik para pelajar. Sambutan ini telah dikendalikan oleh semua pelajar Tingkatan 5. Hari Guru pada tahun ini bertemakan WONDROUS WINTER. Pentas yang dihias indah, dipenuhi dengan 'salji' menghidupkan lagi suasana pada hari tersebut. Pelbagai persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan dipersembahkan bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh guru seperti nyanyian,lakonan dan puisi. Terdapat pelbagai permainan yang diadakan khas untuk guru tercinta seperti “musical chair”, sepak takraw, "mummy me", " make over", tarik tali dan banyak lagi. Warga sekolah begitu gembira sepanjang sambutan tersebut terutama guru. Anugerah-anugerah khas turut disampaikan kepada guru yang mendapat undian terbanyak. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari GURU ! Terima kasih, cikgu ! :) 

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM