FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, March 24, 2011

PERKONGSIAN PINTAR FARISIAN....?

My Photo
Assalamualaikum,
Kepada pembaca khususnya warga Farisian sekalian.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberikan masa dan kudrat untuk cikgu terus menulis dan berinteraksi dengan semua pembaca sekalian. Pertama-tamanya cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan sokongan yang diberikan kepada FaRiS-PeTrA.com walaupun baru sahaja dilancarkan.

Matlamat utama cikgu mengadakan blog baru ini adalah untuk mendekatkan warga Farisian yang kini bertebaran di seluruh pelosok dunia. Cikgu terfikir perlu ada sesuatu yang boleh dijadikan penghubung antara kita, supaya kita dapat berkongsi segala kejayaan dan kegemilangan yang dicipta dan dilakarkan oleh warga Farisian. Oleh hal yang demikian itu, cikgu amat mengharapkan bekas-bekas pelajar Faris Petra, sama ada yang masih menuntut di pelbagai institusi terkenal di seluruh dunia, mahupun yang sudah berjawatan tinggi untuk berkongsi pengalaman dengan cikgu serta warga Farisian yang masih setia di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra.

Warga Farisian yang menjadi kebanggaan cikgu bolehlah menghantarkan berita ringkas bergambar tentang segala aktiviti, seperti kejayaan akademik, lokasi pelancongan menarik, keterlibatan dalam aktiviti sukan dan lain-lain untuk disiarkan melalui blog ini. Sesungguhnya perkongsian sebegini menjadi jambatan penghubung antara kita. Jangan lupa untuk memaklumkan nama, tempat, berita dan yang paling penting maklumat tentang diri anda,seperti kelas apa? dorm mana? rumah sukan apa?....
Berita-berita sebegini diharapkan dapat memberikan motivasi yang berguna kepada adik-adik pelajar yang masih di bangku SMSTMFP.
Warga Farisian yang berkenaan bolehlah mengirimkan pelbagai jenis berita dan info ke alamat e-mel cikgu: azemi08@gmail.com dan insya-Allah, segala bahan yang dikirim akan segera disiarkan melalui blog ini.

Sekian, semoga mendapat kerjasama.
Warga Farisian Sentiasa ke Depan...!

1 comment:

mama said...

assalamualaikum cikgu..
Tahniah dan terima kasih di atas usaha cikgu mewujudkan blog ini. Semoga atas platform ini, akan dapat mendekatkan warga guru dan pelajar FARISIAN semua. Kenangan indah terlalu banyak terpahat di FARIS PETRA. Saya anak didik cikgu masa tahun 1992, kelas 3-lambda. Cikgu mengajar Bahasa Melayu. Masih terkenang kenang lagi kena denda lari keliling pdg dgn uniform sekolah sebab cikgu kuciwa tak ramai yg dapat A utk BM masa percubaan PMR.hehehe.. Tapi Alhamdulillah berkat usaha cikgu dan cikgu2 yang lain batch kami antara yg cemerlang masa tuh. (Ketua pengawas : Ahmad Zulfadzly n Penolong : Farah Dewi) klu cikgu masih ingat.

Saya Rosmalini Ab Kadir. Sekarang ini bertugas sebagai pendidik di UiTM Shah Alam.

Terima kasih atas segala jasa dan usaha cikgu dan semua cikgu-cikgu yang lain. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian semua.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM