FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, April 11, 2013

LENSA MAJLIS GRADUASI 2013...!

Majlis Graduasi 2013 telah berlangsung dengan penuh adat istiadat dan warna-warni. Majlis yang bermula jam 2.00 petang itu telah menghimpunkan para graduan SPM 2012, para ibu bapa, para guru serta tetamu-tetamu undangan. Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V jam 4.15 petang bagi mencemar duli ke Majlis Perasmian Dewan Sultan Muhammad V serta Majlis Graduasi menjadikan majlis bertambah serinya. Cikgu akan berhenti menyusun kata bagi membolehkan para pembaca sendiri memperkatakan suasana majlis yang berlangsung pada petang tadi.
BIAR FOTO YANG BERKATA-KATA...




























Foto oleh Mohamad Syazwan Shafei

CIKGU DI MAJLIS GRADUASI 2013...!

Sementara menanti foto-foto Majlis Graduasi dimuat naik oleh jurufoto-jurufoto Faris Petra, eloklah rasanya cikgu tampilkan foto-foto tuan punya diri dengan rakan-rakan setugas ketika majlis tersebut berlangsung. 

Bersama dengan Tuan Imam Masjid Semesta, Ustaz Ibrahim

Bersama dengan pemilik-pemilik suara emas, Cikgu Muhammad Daud dan Cikgu Tg. Normasyuraya..

Foto oleh Mohamad Syazwan Shafei

KRIKET ZON TIMUR 2013...!


KEJOHANAN KRIKET SBP ZON TIMUR 2013
Kejohanan Kriket SBP Zon Timur 2013 berlangsung selama 4 hari bermula 11 - 14 April 2013 di Sekolah Menengah Sains Machang. Seperti biasa 16 buah SBP dari Zon Timur akan bertarung merebut 2 tempat untuk mewakili zon ke peringkat kebangsaan. Jadual hari ini (Khamis) yang melibatkan pasukan kriket Faris Petra ialah:-
  • FARIS PETRA VS SEMERDU (pagi)
  • FARIS PETRA VS SHAH PEKAN (petang)

Wednesday, April 10, 2013

ATUR CARA GRADUASI 2013..!

Photo
MAJLIS GRADUASI 2013
ATUR CARA:-
  • 02.00  Ibu bapa dan fif undangan mengambil tempat di Dewan Sultan Muhammad V
  • 02.15  Perarakan masuk para graduan, Perarakan masuk para guru
  • 03.00  Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
                     Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat masuk ke dewan
                   
                     "SELAMAT SULTAN" dimainkan

                     Bacaan Doa

                     Persembahan Ucapan oleh YBrs Pengetua SM. Sains tengku Muhammad Faris Petra

                     Upacara Perasmian Dewan Sultan Muhammad V oleh Kebawah Duli Sultan

                     Persembahan Pengisytiharan Majlis Graduasi bermula

                     Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V mengampunkan perkenan
                     Anugerah Khas PIBG 2013, Anugerah Khas Alumni 2013, Sijil-sijil Graduasi, Anugerah
                     Panitia Cemerlang SPM 2012 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2013

                     Persembahan Cenderamata ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad
                     V

                     Persembahan Pengisytiharan Majlis Graduasi  2013 tamat

                     "SELAMAT SULTAN" dimainkan
  • 04.00  Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Muhammad V berangkat keluar meninggalkan dewan
                     Perarakan keluar tetamu kehormat
                     Perarakan keluar para guru
                     Perarakan keluar graduan
  • 04.15  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat ke Bilik Santapan D'Raja
                     Santapan minum petang
  • 05.00  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat pulang meninggalkan majlis
                     Majlis Bersurai

BICARA TOKOH ALUMNI...!


BICARA TOKOH

PANEL UNDANGAN: EN. ROSLI HUSSEIN
  • Alumni Batch Perintis 1973 - 1975
  • Dale Carnegie Training Malaysia Sdn Berhad.
  • Pengulas Sukan Astro Arena
TARIKH: 13 APRIL 2013
MASA: 10.00 - 12.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN MAHADZIR HASHIM
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

Tuesday, April 9, 2013

10 SEKOLAH TERBAIK SPM 2012...!

Merujuk keputusan SPM 2012, maka di bawah ini disenaraikan 10 buah sekolah terbaik seluruh negara. Daripada 10 buah sekolah ini, ranking pertamanya dikuasai oleh MRSM dan daripada 10 buah sekolah ini juga, 6 buahnya ialah Sekolah Berasrama Penuh. Susunan kedudukan sekolah mengikut ranking;-
  1. MRSM Tun Ghafar Baba
  2. Sekolah Seri Puteri
  3. SMS Tuanku Munawer
  4. MRSM Taiping
  5. Kolej Tunku Kursiah
  6. SMS Alam Shah
  7. MRSM Langkawi
  8. MRSM Pontian
  9. Sekolah Tun Fatimah
  10. Kolej Islam Sultan Alam Shah

KAIN RENTANG GRADUASI 2013

Photo

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2012...!

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA
Ruj kami: UMNO BPC/525/2913
                                                                                                                    Tarikh    : 8 APRIL 2013  

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2012

Makluman Kepada Calon SPM 2012
  • Calon-calon SPM 2012 SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang mencapai kecemerlangan 6A dan ke atas adalah layak menerima anugerah kecemerlangan seperti di atas.
  • Majlis anjuran UMNO Bahagian Pengkalan Chepa ini akan diadakan sebagaimana berikut:-
  1. Tarikh: 14 April 2013 (Ahad)
  2. Masa: 2.00 petang
  3. Tempat: Dewan SMK Pengkalan Chepa 1
  • Pelajar-pelajar berkenaan dijemput hadir bersama-sama dengan ibu bapa dan jangan lupa membawa slip keputusan berserta kad pengenalan.
Sekian, harap maklum.

b/p:

Wan Hussin b. Wan Yusoff
Pengerusi Biro Pendidikan,
UMNO Bahagian Pengkalan Chepa


Monday, April 8, 2013

MAKLUMAN RAPTAI GRADUASI...!


MAKLUMAN PENTING
Raptai penuh Majlis Graduasi 2013 akan diadakan sepertimana di bawah:-
  • Tarikh: 9 April 2013
  • Masa : 9 pagi
  • Tempat: Dewan Sultan Muhammad V
Semua graduan (pelajar SPM 2012) hendaklah berada di lokasi tersebut SEBELUM jam 9.00 pagi.

Harap maklum.

FARIS JUARA KB UTARA...!


PENCAPAIAN FARIS PETRA 7 APRIL 2013:-
  • JOHAN SUKAN OLAHRAGA KB UTARA
  • 12 ORANG ATLET WAKILI MSSD KOTA BHARU
  • TEMPAT KETIGA HOKI MSSK 18T PEREMPUAN 

PROGRAM TERDEKAT...!


PROGRAM MINGGU INI (7 - 11 APRIL 2013):-
  • 08 APRIL : BERMULA LATIHAN PUSAT HOKI MSSD KB DI FARIS PETRA
  • 08 APRIL : PERTANDINGAN CORAL SPEAKING QIT K.KERIAN DI AHMAD MAHER
  • 08 APRIL : MESYUARAT GURU
  • 09 APRIL : RAPTAI PENUH MAJLIS GRADUASI
  • 10 APRIL : PERSIAPAN AKHIR GRADUASI
  • 11 APRIL : MAJLIS GRADUASI 2013 BERLANGSUNG

Friday, April 5, 2013

Wednesday, April 3, 2013

NAIB JUARA PIDATO QIT KK...

Mohamad Farid Abd. Manaf dan Alwileez Alip (pemidato simpanan)
Faris Petra muncul naib juara Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri, QIT Kubang Kerian yang telah diadakan di SMK Kubang Kerian 3 pada 1 April 2013. Sebanyak 13 buah sekolah di dalam QIT KK telah mengambil bahagian. 

Tuesday, April 2, 2013

MESYUARAT AGUNG ALUMNI...!


PEMBERITAHUAN
Mesyuarat Agung Alumni Faris Petra akan berlangsung pada 13 April 2013 (Sabtu) jam 5.00 petang, bertempat di Dewan Mahadzir Hashim, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Antara agenda mesyuarat:-
  • Aktiviti 2012
  • Merancang Aktiviti 2013
  • Kewangan
  • AOB


Sunday, March 31, 2013

KENAIKAN PANGKAT CIKGU...!

Tahniah kepada dua orang guru Faris Petra atas kenaikan pangkat masing-masing. Mereka ialah En. Che Ramli, Guru Cemerlang Kimia DG54 yang kini dinaikkan pangkat ke Gred Khas C (Jusa C) dan En. Aris Pazilah Harun, Guru Cemerlang Geografi DG48  ke gred baharu DG52. Kenaikan pangkat ini berkuat kuasa 1 Februari 2013.

Tahniah, semoga terus gigih mencurah bakti di bumi Faris.

Saturday, March 30, 2013

BIASISWA JPA KE LUAR NEGARA...!


KEPADA FARISIAN YANG LAYAK
TINGGAL DUA HARI LAGI...!!!
PERMOHONAN TAJAAN JPA TAHUN 2013 
KEPADA PELAJAR 
LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 
DI BAWAH PROGRAM KHAS
 (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA)
  • Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM 2012 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Khas JPA tahun 2013.
  • Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan tarikh tutupnya adalah pada 1 April 2013 (Isnin).
  • Temu duga dan Student Assessment Center (SAC) JPA akan dijalankan di beberapa buah pusat di seluruh negara mulai 23 hingga 26 April 2013.
  • Sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi talian 03-8885 3541/3453/3552. Talian dibuka setiap hari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


KURIKULUM ANTARABANGSA DI FARIS...!

INTERNATIONAL BACCALAUREATE DI FARIS
Faris Petra berjaya terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang akan melaksanakan pendekatan 'Middle Years Programme' (MYP) yang bertaraf antarabangsa. Program yang dilaksanakan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) ini adalah berbentuk kerangka (framework) khusus kepada pelajar-pelajar berumur 11 - 16 tahun. 
Program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama AIM melibatkan 10 buah sekolah yang dijadikan sebagai sekolah rintis. Program IB MYP di peringkat sekolah menengah bermula Januari 2013. Sekolah-sekolah yang terpilih menjadi sekolah rintis ialah:-
  1. SMS. TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
  2. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
  3. KOLEJ TUNKU KURSIAH
  4. SMK PUTRAJAYA PRESINT 9
  5. SMK SULTAN BAHIYAH
  6. SMK SUNGAI TAPANG
  7. SMK SERI TUALANG
  8. SMK DATO' SHEIKH AHMAD
  9. SMKA SHEIKH ABD MALIK
  10. SMK PANTAI

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM