FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, January 10, 2012

LEE CHONG WEI DI BLOG CIKGU...!


Farisian Aiman Na'im bergambar dengan Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei muncul juara setelah menumpaskan Lin Dan..
Farisian (Aiman Na'im) seorang ini pantang selebriti singgah di Seoul, Korea, pasti dia tangkap dan bergambar dengannya. Jika tak silap,.... dulu dia 'tangkap' Siti Norhaliza...!

Monday, January 9, 2012

PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2012...!

PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2012
Pendaftaran dan mesyuarat bagi aktiviti kokurikulum 2012 akan diadakan sepertimana berikut:-
  • Rumah Sukan ( 9 Januari 2012 )
  • Unit Beruniform ( 10 Januari 2012 )
  • Kelab dan Persatuan ( 11 Januari 2012 )
  • Sukan dan Permainan ( 12 Januari 2012 )
Semua perdaftaran bermula pada pukul 1.25 petang di stesen-stesen yang telah ditetapkan.

CIKGU FARIS PETRA (2)....!


Pn. Jizah, Pn. Hasmani, Pn. Mariah, Pn. Yuniza, Pn. Hjh. Aminah, Kak Yah (pejabat), Pn. Maizura, Nazhatulsyima, Pn. Aminah, Pn. Azalina, dan Kak Wan (pejabat)
En. Mat Tajab, KJ (bekas pengetua) dan Ustaz Mukhatar (bekas PK1)
Tn. Hj. Mohd Rasdi mengucapkan salam akhir buat KJ...
Tn. Hj. Zaidi dan Tn. Hj. Mokhtar....
Pn. Suzhana bersama dengan pasangan suami isteri 'Farisian'.....
Cikgu Fadzil Razak.....
Pn. Nor Siah dan Ustazah Fadhilah ...
Ustaz Sabri..
Pn. Atiqah...

Penulis dan Cikgu Abd. Ghazi...

3 GAMMA 2011...!


Kelas cikgu yang 'best' .....

SALAM DARI KADA...!


Syed duduk dua dari kanan... pemain depan yang lincah....
Syed Mohd Agong bin Sd Agil
Faris Petra: 1988 - 1992
Universiti Sains Malaysia: 1993 - 1998 - Sarjana muda Kejuruteraan Awam
Universiti Utara Malaysia: 2008 - 2009 - Sarjana
Kerjaya: Jurutera Awam di KADA, Kemubu, Kelantan.

Sunday, January 8, 2012

5 GAMMA 2009...!


Kenangan dengan Pn. Mazinah Muda..
Foto daripada FB Cik Nani Zahari.....

3 DELTA 2007...!


Bergambar untuk majalah SEMASA 2007....

CIKGU FARIS PETRA (1)...!


Pn. Mazinah bt. Muda (Cikgu Biologi) dan Pn. Rozie (Cikgu B. Inggeris)

En. Muhammad b. Daud (Cikgu Bahasa Melayu)

Pn. Hjh. Wan Faezah bt. Ab. Ghani (Guru Kanan Sains Sosial) dan En. Zaini b. Mohamad (Cikgu PJK)

En. Wan Mohd Saidi b. Jaafar (Cikgu Kimia) dan En. Aris Pazilah b. Harun (Cikgu Sejarah)

Cik Hajah Paridah bt. Ali (Cikgu Bahasa Melayu), Pn. Hajah Hasni bt. Rashid (Guru Kanan Teknik dan Vokasional), Pn. Hajah Wan Faizah dan Pn. Hajah Jizah bt. Ripin (Guru Kanan Bahasa)
Pn. Dr. Chan Siok Gim (Guru Kanan Sains dan Matematik)
Tuan Haji Shaffie b. Awang (Pengetua)
Pn. Hajah Zakiah bt. Zaid (Cikgu Matematik Tambahan)
Tuan Hj. Sharifuddin b. Ahmad Nawawi (Cikgu KH)
En. Radzuan b. Johari (Cikgu KH), Pn. Hjh. Suzhana bt. Sipon (Cikgu Matematik Tambahan), Pn. Hjh Zahariah bt. Ismail ( Cikgu Matematik) dan Pn. Hjh. Maizura bt. Hj. Mahyuddin (Cikgu B. Inggeris)

BENCHMARKING DARI SELANGOR...!


LAWATAN DARIPADA JPN SELANGOR..
Pada 30 Januari 2012 iaitu pada hari Selasa, kampus hijau Faris Petra akan dikunjungi oleh warga Jabatan Pelajaran Selangor dalam lawatan kerja 'Benchmarking' mereka dan warga Faris Petra amat mengalu-ngalukan kunjungan tersebut.
Harap maklum.

CUTI SATU MINGGU....!


CUTI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
Faris Petra akan bercuti selama 8 hari bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 23 Januari 2012. Cuti berkenaan adalah pada 20 - 28 Januari 2012 dan pelajar-pelajar akan pulang ke kediaman masing-masing pada petang 19 Januari 2012 dan kembali semula ke sekolah pada petang 28 Januari 2012. Butiran cuti adalah seperti berikut:-
  • 22 Januari 2012 - Cuti Peristiwa
  • 23 - 24 Januari 2012 - Cuti Tahun Baharu Cina
  • 25 - 26 Januari 2012 - Cuti Berganti

Saturday, January 7, 2012

SEJARAH HOKI...!


Team hoki Faris dulu-dulu...
Jika tak silap cikgu yang duduk tu,,, no. 2 dari kiri ialah Hasmadi (pertahanan), Azrul...
Berdiri dari kiri.. keeper, Syed .... hok tu jah hok cikgu ingat.... Boleh tolong ingatkan cikgu yang lain-lain.
Beg stick hoki tu cikgu memang ingat.... cikgu beli di kedai Hussien Adidas, depan 'Padang Merdeka'
Tahun bila dan di mana? Cikgu tak begitu pasti...!

Friday, January 6, 2012

BERMULA KEMBALI ERA KECEMERLANGAN...!





Pengetua Faris Petra yang memperkenalkan slogan "Bersama Melestarikan Faris No. 1"
Tuan Hj. Shaffie bin Awang
Rumah Pengetua,
SMS Tengku Muhammad Faris Petra,
16100 Kota Bharu.
Tel: 013-9217090
Komen cikgu:
Pengetua yang berjiwa lembut, seorang yang bekerja!, dan mudah mesra... dan yang paling penting amat mengambil berat soal pelajar-pelajar. Kata 'MAKNANYA' semakin popular di Faris Petra....

KELAS TINGKATAN SATU...!


KELAS F1 DIKETAHUI 15 JANUARI
Ramai ibu bapa yang menghubungi penulis bertanyakan bilakah anak-anak mereka ditempatkan di kelas-kelas F1 yang terdiri daripada 5 kelas iaitu Alpha, Beta, Delta, Gamma dan Lambda. Setelah merujuk kaunselor sekolah, penempatan pelajar mengikut kelas akan dibuat pada minggu ke-3, iaitu selepas para pelajar berkenaan menduduki ujian Bahasa Arab. Dijangkakan pelajar-pelajar akan mendapat tahu kelas mereka pada hari Ahad, 15 Januari 2012.
Sekian, harap maklum.

1992 -1997 ERA HOKI GEMILANG...!


Pasukan Hoki Faris Petra ketika mewakili Kelantan ke Kejohanan Hoki Juara-Juara Sekolah Kebangsaan 1991 di Kuala Terengganu. Lihat cikgu, ketika itu... umur cikgu 30 tahun. Allahyarham Cikgu Zaidi Baki, pengurus pasukan yang gigih dan sporting.... 
Cikgu terjumpa foto ini dalam FB Mohd Syahmi, salah seorang pemain hoki hebat yang pernah cikgu miliki. Selepas 20 tahun berlalu, cikgu amat berharap agar dapat kita aturkan pertemuan sesama kita.... cikgu rindu akan kenangan indah ketika itu...
Apa-apa pun cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan dicapai oleh kamu semua, maafkan cikgu jika terdapat salah dan silap ketika menjadi jurulatih kamu dahulu... 
Ketika 1992 - 97: Faris Petra tiada tandingan dalam hoki. Kita juara dalam semua kategori peringkat negeri sama ada bawah 15, 18, malah kejohanan terbuka Kelantan pun, kita muncul sebagai juara.
Kejayaan manis yang pernah dicapai Faris Petra ketika itu:
  • Johan MSSK Kelantan dalam kategori bawah 15 dan 18 tahun
  • Johan PHK terbuka
  • Johan Hoki Antarabangsa USM-Penang 1993 - bawah 15 tahun
  • Naib johan Hoki Antarabangsa USM-Penang 1993 - bawah 18 tahun
  • Naib Johan Juara-Juara Sekolah Kebangsaan 1993 di Perak. (Tewas kepada Anderson)
  • Pemain hoki Faris Petra mendominasi pasukan hoki Kelantan: lebih separuh terdiri daripada pemain Faris Petra.
  • Johan Hoki 6 sebelah PHK
  • Johan Hoki Sukan Malaysia peringkat Kelantan.
Cikgu masih ingat nama-nama hebat seperti Fadhil Haidir, Nazam, Isymayuddin, Shahrum, Syed Agong, Syahmi, Fandi, Salmi, Saiful, Zulkifli, Fakaruddin, gol keeper?..... dll.
Sila hubungi cikgu untuk menyambung ikatan ukhuwah antara kita...

Thursday, January 5, 2012

WANITA SOLEHAH...!

"Wanita yang melakukan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehormatannya daripada yang haram dan mentaati suami, maka masuklah dia ke syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki".
(Hadis Riwayat Ahmad)

MALAYSIAN CANADA GAMES...!


Malaysian Canada Games
Kejohanan sukan anjuran UMNO Canada dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia di Canada telah berlangsung pada 28 - 30 Disember 2011 bertempat di Toronto.
Beberapa orang Farisian terlibat dalam aktiviti ini seperti:
  • Kamilah Kamil mewakili Mcmaster University dalam acara indoor golf;
  • Natasya Azwin mewakili Carleton University dalam acara .....
..... maklumat lengkap belum diberi..!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM