FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, January 5, 2012

GURU TINGKATAN SATU 2012...!

KAMI SENTIASA MEMBANTU
Semalam berlangsungnya Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu sesi 2012 dan difahamkan seramai lebih 100 orang pelajar sudah mendaftarkan diri masing-masing. Selebihnya mungkin akan berbuat demikian pada pagi ini. Disebabkan lebih daripada separuh pelajar yang ditawarkan ke Faris Petra ialah pelajar dari luar Kelantan, mungkin akan timbul sedikit-sebanyak masalah khususnya kepada ibu bapa ataupun penjaga pelajar-pelajar berkenaan. Di bawah ini diperturunkan jadual nama guru tingkatan 1 dan penyelarasnya bagi membantu ibu bapa serta penjaga berhubung dengan anak-anak mereka.
GURU PENYELARAS DAN GURU TINGKATAN SATU 2012
PENYELARAS TINGKATAN SATU: PUAN HASMANI BT ISHAK
TINGKATAN 1
GURU TINGKATAN
PEMBANTU
ALPHA
Pn. Hasmani bt. Ishak
No. Tel: 017-9746842
Pn. Hjh. Suzhana bt Sipon
No. Tel: 019-9257546
BETA
Pn. Fadhilah bt. Mohd Ariff

En. Noor Azhar b. Said
No. Tel: 017-9260245
DELTA
Pn. Noraishah bt. Ab. Rahman
No. Tel: 0139190172
Pn. Roziah bt Mohd Ali
No. Tel: 013-9322366
GAMMA
Cik Fauziah bt. Daud
No. Tel: 0190380399
En. Raduan b. Johari
No. Tel: 018-9132687
LAMBDA
Pn. Nini Awanis bt Ab. Rahman
No. Tel: 0139937118
Tn. Hj. Mohd Rasdi b. Ismail
No. Tel: 012-9598081

Wednesday, January 4, 2012

MAJLIS PENDAFTARAN F1 2012...!

ATUR CARA MAJLIS
8.30 pagi
Pendaftaran Pelajar F 1, 2012 di Dewan Gemilang
10.30 pagi
Jamuan Ringan
11.00 pagi
Bacaan Doa oleh YBhg. Ustaz Mohd Sabri b. Hamat
11.05 - 11.20 pagi
Ucapan oleh YBhg. Tn Hj. Hasnan b. Abdullah (YDP PIBG SMS. Tengku Muhammad Faris Petra)
11.20 - 11.40 pagi
Ucapan Alu-aluan oleh Y.Bhg. Tn. Hj. Shaffei b. Awang (Pengetua SMS. Tengku Muhammad Faris Petra)
11.40 - 12.00
Sesi Soal Jawab
12.00 tengah hari
Pendaftaran Pelajar Disambung Semula
2.00 petang
Pendaftaran Selesai
3.00 petang
Program Minggu Silaturahim Bermula

BACALAH, BACALAH...!


Rasulullah SAW bersabda:
"Bacalah Al-Quran kerana Al-Quran pada hari kiamat akan datang untuk memberikan syafaat kepada sesiapa yang membacanya". (Hadis Riwayat Muslim)

SALAM DARI JOHOR...!





Ahmad Mustaqim Che Mood (Ahmad MrKing)
Faris Petra: 2000 - 2004
2005 - 2006: Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
2007 - 2010: Universiti Malaysia Sabah - Ijazah Teknologi Makanan dan Bioproses
Kerjaya: QA Eksekutif di KHL, Simpang Renggam, Johor.

SELAMAT DATANG F1 BARU...!

KEDATANGAN ANAK-ANAK DIALU-ALUKAN...!
Pendaftaran Tingkatan 1 bagi semua pelajar SBP akan berlangsung pada pagi ini (4 Januari 2012) bersamaan dengan 10 Safar 1434H. Sejumlah 151 orang pelajar baharu akan mendaftarkan diri di Faris Petra. Darripada jumlah itu, pelajar lelakinya seramai 90 orang dan perempuannya pula seramai 61 orang.

Tuesday, January 3, 2012

WRONG GUY...!

RAGBI SBP TENS ANTARABANGSA...!

Kejohanan Ragbi SBP Tens Antarabangsa akan berlangsung pada 12 - 15 Julai 2012 dan Faris Petra menjadi tuan rumahnya. Kejohanan ini agak istimewa kerana inilah julung-julung kali akan melibatkan penyertaan pasukan dari luar negara seperti Thailand, Brunei, Singapura dan lain-lain. Sebelum ini kejohanan ini hanya dikenali sebagai Kejohanan Ragbi SBP Tens Kebangsaan. 

IBU CIKGU PJK MENINGGAL DUNIA...!

AL-FATIHAH UNTUK IBU CIKGU RUZIAH
Hari pertama persekolahan sesi 2012 dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada Cikgu Ruziah Saleh (Guru PJK) dan S/U Sukan. Pada kesempatan ini cikgu mengajak Farisian sekalian mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba yang dikasihi-Nya. Amin...

SELOKA BUDAK FARIS...!


Kutanam CINTA, tapi disakiti,
Kutanam SAYANG, tapi dikhianati,
Kutanam RINDU, tapi tak dihargai,
Akhirnya....
Kutanam BOM, biar semua mati..!
cadangan cikgu..


Tanamlah UBI, biar kita sama-sama kecapi.....!!!!


Ubah suai daripada FB Nick Aiman

SBP CATAT 100% A PMR 2011...!

100 % A MENGIKUT SUBJEK
BIL
SUBJEK
JUMLAH SBP
1
BAHASA MELAYU
13
2
BAHASA INGGERIS
1
3
MATEMATIK
21
4
SAINS
10
5
SEJARAH
2
6
GEOGRAFI
3
7
PAI
7
8
KEMAHIRAN HIDUP
21

Daripada sebanyak 52 buah sekolah berasrama penuh di seluruh negara, pencapaian 100% A bagi subjek-subjek yang diduduki calon adalah seperti di atas. Bagi calon Faris Petra, semua subjek yang diambil mencatatkan 100% lulus dengan pangkat A kecuali subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

SESTER TUAN RUMAH...!


HOKI SBP ZON TIMUR BULAN FEBRUARI...
Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur edisi 2012 akan berlangsung pada 22 - 25 Februari 2012 dan sekolah yang menjadi tuan rumahnya pada kali ini ialah Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER).

Sunday, January 1, 2012

PENGAWAS 2004...!


Kenangan ketika penggambaran Semasa 2004....

WAKTU BERSOLAT...!

Orang yang dapat menjaga waktu solatnya dengan tepat, akan menjadi orang yang bijak menguruskan waktunya dalam apa jua keadaannya.

ORANG KITA...!


Sempena tahun 2012......
Lakukan perubahan............
Kita masih belum terlambat..........

Sumber: Kazim (www.tutor.com.my)

SELAMAT TAHUN BAHARU...!


SEMOGA FARIS PETRA KEKAL UNGGUL...
Selamat tahun baharu khusus buat warga Farisian sekalian semoga dengan kedatangan 2012 menjanjikan lebih kejayaan buat Faris Petra dan kita semua. Cabaran-cabaran 2012 perlu ditempuh dengan penuh tekad dan azam yang jitu bersertakan kebijaksanaan dan restu Ilahi.
Selamat Tahun Baharu dan Selamat Maju Jaya.

FARIS PETRA JUARA NEGERI...!


Setelah mengesahkan di kedudukan kedua kebangsaan, sudah semestinya Faris Petra muncul juara negeri Kelantan bagi PMR 2011. Jika dilihat pada Gred Purata Sekolah (GPS), Faris Petra meninggal jauh sekolah yang berada di kedudukan kedua negeri iaitu SMK Dato' Perdana, Bachok yang GPSnya 1.04. Kedudukan 10 sekolah terbaik Kelantan berdasarkan GPS ialah:-
  1. SMS Tengku Muhammad Faris Petra - 1.01
  2. SMK Dato' Perdana, Bachok - 1.04
  3. SMS Machang - 1.04
  4. SMS Pasir Puteh - 1.05
  5. SMK Kubang Bemban, Pasir Mas - 1.11
  6. SMK Naim Lilbanat, Kota Bharu - 1.12
  7. SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu - 1.12
  8. SMK Tok Bachok, Bachok - 1.15
  9. SMK Bachok - 1.17
  10. Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu - 1.18 

PENDAFTARAN F1 4 JANUARI...!


CUTI DAH NAK HABIS....!
Pejam celik.... pejam celik... persekolahan sesi 2012 semakin menghampiri. Terasa tak puas pula cuti akhir kali ini. Bagi cikgu, cuti sebenarnya tak cuti, manakan tidak, kerja-kerja rutin tak pernah habis...!
Oh, ya... Persekolahan 2012 akan bermula pada 3 Januari 2012 (Selasa). Pendaftaran pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan berlangsung pada 2 Januari 2012. Mereka mesti mendaftarkan diri sebelum pukul 6 petang.
Manakala pelajar-pelajar Tingkatan 1 (2012) akan mendaftarkan diri mereka pada keesokan hari iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan 4 Januari 2012.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM