FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, April 15, 2012

KALAH-SERI-MENANG...!

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN HOKI KE VIETNAM...
11 - 14 APRIL 2012
HO CHI MINH CITY
Seramai 32 orang pemain hoki Faris Petra (16 lelaki dan 16 perempuan) berserta 5 orang guru pengiring diketuai oleh penulis sendiri telah berada di Ho Chi Minh City selama 4 hari 3 malam melalui program pengantarabangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Pasukan Hoki Faris Petra telah mengadakan sesi latihan bersama dengan Kelab Hoki Antarabangsa Tornados Vietnam, pada hari ke-2 program dan pada malam 13 April 2012, jam 7.00 pm - 10.00 pm telah diadakan 3 siri perlawanan persahabatan antara pasukan Faris Petra Lelaki A menentang Kelab Hoki Tornados, Faris Petra Lelaki B menentang Kelab Hoki Saigon International serta pasukan Faris Petra Perempuan berhadapan dengan lawan juga dari Kelab Hoki Tornados.

Perlawanan persahabatan ini dijalankan ala 'indoor hockey' yang mana peraturannya agak asing kepada pemain-pemain Faris Petra. Namun, bukan keputusan menang atau kalah yang menjadi ukuran. Yang lebih penting di sini adalah dari segi perkongsian kemahiran, kepakaran dan juga pengalaman. Keputusan perlawanan pada malam tersebut adalah seimbang, walaupun pemain Faris Petra yang kebanyakannya 16 tahun ke bawah terpaksa bersaing dengan lawan yang lebih senior dan bersaiz lebih besar. Kali pertama berhadapan dengan pemain 'Mat Salleh' tidak mematahkan semangat kita, malah kita mendapat pujian daripada jurulatih import Vietnam yang berasal dari Taiwan kerana rata-rata pemain kita memiliki individual skill yang tinggi. Keputusan perlawanan adalah seperti di bawah:-
  • Faris Petra Lelaki B Vs Kelab Hoki Tornados Vietnam: 0 - 2
  • Faris Petra Perempuan Vs Kelab Hoki Tornados Vietnam: 1 - 1
  • Faris petra Lelaki A Vs Kelab Hoki Saigon International: 2 - 0
Foto-foto aksi perlawanan persahabatan:-



































Majoriti pemain Kelab Tornados merupakan bakal pemain hoki negara Vietnam ke sukan SEA di Singapura 2014.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM