FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Showing posts with label CIKGUKU. Show all posts
Showing posts with label CIKGUKU. Show all posts

Friday, July 10, 2015

OTAI-OTAI FARIS...!


Tiga yang dah pergi, ..... tiga lagi yang menanti...!
Maksud Cikgu tiga yang dah pergi itu ialah yang dah pencen. Cikgu Che Ramli, Pn. Hjh. Jizah dan Tn. Hj. Ghazi sudah meninggalkan bumi Faris kerana bersara. Selamat bersara semuanya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya.

Friday, June 12, 2015

MAK DARA FARIS...!


Dari kiri Cikgu Fauziah, Cikgu Noraishah, Cikgu CTG dan Cikgu Yuniza.
Rakaman foto ini selepas mereka selesai mengikuti kursus MYPIB di Besut, Terengganu...

JOM, KITA PERGI FORUM...!


Jika ada kesempatan, kita join forum keagamaan. Kebetulan pula anak Cikgu merupakan salah seorang ahli panelnya.

Tuesday, February 17, 2015

NOR SAIFUL...!


Kenangan bersama dengan bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini.

Sunday, February 1, 2015

PENGETUA BAHARU FARIS...!

Agak lewat cikgu nak mengumumkan bahawa warga Faris Petra telah mendapat bos baharu, En. Mohd Razuki bin Sulaiman menggantikan Tn. Haji Shafie Awang. Pelantikan En. Razuki sebagai Pengetua baharu SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, boleh diibaratkan sebagai belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang dan ikan pulang ke lubuk. En. Razuki yang pernah bertugas di bumi Faris Petra sedikit masa dahulu pernah menjawab jawatan pengetua di beberapa buah sekolah, dan yang terakhirnya ialah Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.
Semoga kedatangan beliau ke bumi Faris ini akan kembali meletakkan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra sebagai salah sebuah SBP elit yang disegani dan cemerlang dalam segala lapangan.

Friday, January 9, 2015

UST. HIM PK HEM...!


Tahun 2015 merupakan tahun yang menggembirakan warga Farisian. Di samping akan mendapat Pengetua baharu, Faris Petra juga mendapat perkhabaran baharu, iaitu pelantikan Ustaz Ibrahim sebagai PK Hem baharu menggantikan Ustaz Saiful, 
Tahniah Ustaz Him,
"Memperkasakan HEM, memartabatkan Farisian".

Tuesday, November 11, 2014

BUBUR AS-SYURA 2014...!

Sudah lama sekolah Faris tak buat bubur as-syura. Rasa-rasa cikgu dah hampir sepuluh tahun kot? Atau mungkin lebih lama lagi. Seingat cikgu pesta memasak bubur as-syura ini pernah dilaksanakan ketika Dato' Shafie yang jadi pengetua dulu. Itu pun jika tak salah ingatan cikgu.
Pada 13 November 2014 ini mengikut cadangan, warga Faris Petra akan bergotong-royong memasak bubur as-syura sebanyak 6 kawah besar. Semua akan terlibat. Tak kira mereka tu guru, pelajar, pekerja, pentadbir, semuanya akan terlibat dalam program ini.
Semoga semuanya berjalan lancar.

Wednesday, October 22, 2014

JOM KE TASIK KENYIR...!







22 OKTOBER 2014
JAM 6:15 PM
TASIK KENYIR
Sekali sekala berkunjung ke lokasi menarik di negara kita tidaklah merugikan. Selain lokasinya menarik, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang semuanya pasti menyeronokkan. 

Tuesday, October 7, 2014

SEKAPUR SIRIH...!


Dr. Chan Siok Gim
I am always learning new things in this school.Everytime there is a new project, this school is always given the chance to be involved ; Smart School, Cluster of Excellence, High Performing Schools and MYPIB !
Mohamad Azemi Zawawi
Cikgu Azemi
Berada di sekolah ini membuatkan saya sentiasa berasa muda kerana sentiasa dibayangi kisah-kisah lampau yang menyegarkan.

Sunday, August 31, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...!

Selamat Hari Merdeka ke-57 buat pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia semua. Semoga kita semua terus makmur dan sejahtera.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!!
 

Sunday, August 24, 2014

PERSARAAN CIKGU GHAZI-CHE RAMLI...!

 Patah tumbuh hilang berganti. Yang pasti tahun ini warga guru lelaki Faris Petra kehilangan dua orang guru lelaki yang cukup hebat dan berpengalaman. Semakin kuranglah spesies yang dah pun kurang...! (24 Ogos 2014)

Saturday, August 23, 2014

PERSARAAN CIKGU GHAZI DAN CHE RAMLI...!

Malam ini akan berlangsung Majlis Jamuan Makan High Table sempena persaraan dua orang guru senior atau boleh digelar 'Sifu' iaitu Cikgu Che Ramli (GC Kimia) dan Tn. Hj. Mohd Ghazi (Guru Biologi). Majlis ini akan berlangsung jam 8:15 malam di dewan makan sekolah.

Saturday, August 16, 2014

ANAK CIKGU DAH KAHWIN...!

Minggu sibuk dan tegang telah berlalu. Pertembungan Program FRSIS 2014 dengan majlis perkahwinan anak perempuan cikgu menjadi kelam-kabut. Nak jadi cerita lagi, dalam sibuk-sibuk tersebut, cikgu dihimpit lagi dengan dua mesyuarat JU MBMMBI dan mesyuarat PT3 yang menjadi pembuka dan penutup minggu sibuk cikgu.
Namun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Foto kenangan majlis perkahwinan bersama dengan guru-guru Faris dan rakan-rakan Farisian...























Sunday, August 3, 2014

LELAKI TERAKHIR FARIS...!


Cikgu Azaman, Cikgu Rasdi, Cikgu Izani, Cikgu Radzuan, Cikgu Aris Pazilah dan Bapak Azemi....

JIWA CIKGU...!


Jika dilihat kepada aksi-aksi guru Faris di dalam foto di atas, rasa-rasanya majlis apakah yang sedang berlangsung? Kenalkah Farisian siapakah guru-guru tersebut? Ada semacam Tok Arab saudagar minyak, hero Bollywood, Papa Rock, mualaf dan yang di tepi sekali tu, ada iras-iras  Ustaz Harun Din! Cuba namakan guru-guru berkenaan dan majlis apakah yang dimaksudkan?

Tuesday, May 6, 2014

MESYUARAT GC-YPM...!

Perhatian kepada semua Guru Cemerlang, mesyuarat Kelas Bimbingan YPM-SMSTMFP akan diadakan pada:-
  • TARIKH: 6 MEI 2014
  • MASA: SELEPAS AFTERNOON TALK
  • TEMPAT: BILIK GERAKAN
  • KEHADIRAN: WAJIB

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM