FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, March 31, 2012

HOKI FARIS KE VIETNAM...!


untitled-1
Program pengantarabangsaan hoki SMS Tengku Muhammad Faris Petra ke Vietnam merupakan kunjungan serampang dua mata iaitu mempunyai dua objektif utama:-

  • Perkongsian kepakaran dengan pemain Tornados Vietnam Hockey Club
  • Menyertai kejohanan antarabangsa anjuran kelab hoki terulung di Vietnam

DEWAN MAKAN FARIS...!


Dapur dan dewan inilah yang membesarkan,
aku sehingga jadi begini,
beratur, menunggu dan merasa,
ketika sedap, ketika tak berselera,
Semua ....... kini tinggal kenangan. 


Sumber: FB Mohd Zailani Daud

Friday, March 30, 2012

DARAH DAGING...!

Sejak keterlibatan cikgu dalam sukan hoki yang telah mencecah 35 tahun ini, rasanya telah banyak yang cikgu peroleh. Ini tidak termasuk pelbagai pengalaman pahit manis bersama bekas-bekas pemain yang tidak boleh dijual beli. Cikgu mengikuti kursus kejurulatihan hoki anjuran PHM sejak tahun 1991.


  • 1991 - Sijil Kejurulatihan Hoki (Tahap 1) kendalian Terry Walsh
  • 2007 - Sijil Kejurulatihan Hoki (Tahap 2) kendalian Nor Saiful Zaini
  • 2007 - Kursus Sains Sukan (Tahap 1)

Thursday, March 29, 2012

HOKI FARIS KE VIETNAM...!

TINGGAL 10 HARI LAGI...

City Hall Ho Chi Minh City......

Hanya tinggal 10 hari lagi untuk program pengantarabangsaan pasukan hoki Faris Petra ke Vietnam. Rombongan yang terdiri daripada 32 orang pemain hoki lelaki dan perempuan serta guru pengiring seramai 6 orang akan berlepas ke Ho Chi Minh City pada 11 April 2012. Faris Petra akan menyertai Kejohanan Hoki 6 sebelah antarabangsa anjuran Tornado Hockey Club, Vietnam yang akan berlangsung selama 2 hari di sana. Program di bawah SBT ini menelan belanja sebanyak RM65 ribu ringgit.

FARIS SEMAKIN MANTAP...!

Dua hari berturut-turut, pasukan hoki lelaki Faris Petra mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal ke kejohanan peringkat kebangsaan di Johor Bahru pada awal Mei nanti. Perlawanan ini juga diharapkan dapat menjadi kayu ukur prestasi semasa pemain-pemain hoki Faris Petra. Pada 28 Mac 2012, Faris Petra berhadapan dengan skuad hoki Sekolah Sukan Putera, yang rata-ratanya dibarisi pemain negeri. Dan Faris tewas 1 - 2 walaupun lebih banyak menyerang.
Pada petang tadi, 29 Mac 2012, satu lagi perlawanan persahabatan telah diadakan. Pada kali ini Faris berdepan dengan lawan yang lebih tegap iaitu pasukan hoki IPG Kota Bharu. Pada petang tadi, pemain-pemain kita berjaya mempamerkan peningkatan mendadak sehingga berjaya membolosi gawang gol lawan sebanyak 5 kali dalam masa tidak sampai 30 minit. Perlawanan persahabatan itu berkesudahan dengan agregat 5 - 2.
Pada minggu depan, dijangkakan beberapa perlawanan persahabatan akan diadakan. Mungkin kita akan aturkan dengan pasukan hoki 'abang askar' dan pilihan SUKMA..

PERSARAAN KAK YAH PEJABAT...!


  


Tanggal 29 Mac 2012 merupakan hari terakhir bagi Pn. Kamariah bt. Saad (Pembantu Am Pejabat) sebagai kakitangan kerajaan yang telah sekian lama mencurah bakti di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra. Pn. Kamariah atau lebih dikenali dengan Kak Yah atau Maksu Yah merupakan orang yang bertanggungjawab sebagai operator telefon dan juga pembantu pejabat. Alamat kediaman beliau adalah:-

Lot 387, Belakang Taman Seri,
16100 Pengkalan Chepa.
No. Telefon: 09-7733195

Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa yang diberikan.

FARIS JUARA BOLA SEPAK 18TH KOTA BHARU...!

Pasukan bola sepak bawah 18  Faris Petra muncul sebagai juara MSSD Kota Bharu. Sebelum menduduki tangga juara tersebut, beberapa buah pasukan dari sekolah projek bola sepak negeri berjaya ditundukkan oleh kegigihan dan kecemerlangan bintang-bintang dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra. Keputusan penuh seperti berikut:-
JOHAN KB4:- ( MEWAKILI KB4)
  • FARIS PETRA VS KB1: 2 - 0
  • FARIS PETRA VS SMK CENGAL (PROJEK NEGERI): 1 - 1
SEMI FINAL:-
  • FARIS PETRA VS SIC (PROJEK NEGERI): 1 - 0
FINAL:-
  • FARIS PETRA VS KB3: 1 - 0

Tuesday, March 27, 2012

ANALISIS CALON SPM FARIS 2011...!

 
Seramai 41 orang calon SPM Faris Petra yang memperoleh semua A dalam semua subjek yang diambil. Analisis lengkap boleh dilihat dalam jadual di bawah.
SENARAI CALON CEMERLANG [SEMUA A]
CEMERLANG 10A
CEMERLANG 10A
1
MUHAMAD SYAHMI B. MOHD NOR
9A+
1A

2
MOHAMAD SYAHMAN B. SHAFEI
9A+
1A-

3
MUHAMAD ASYRAF B. MAKHTAR
8A+
1A
1A-
4
WAFAA NUR IZZATY BT. MOHD SHUKRI
8A+
1A
1A-
5
NUR LIANA BT. ABDUL GHANI
7A+
3A

6
WAN MOHAMAD QISTI B. WAN RAZMI
7A+
2A
1A-
7
MUHAMMAD FAISAL B. ABDUL AZIZ
7A+
2A
1A-
8
NUR AFIQAH BT. MOHAMAD
7A+
2A
1A-
9
MUHAMMAD HANIF FARHAN B. ABD HALIM
6A+
4A

10
TASNEEM BT. SHAKRI
6A+
4A

11
SITI NUR HAMIDAH BT. RAMLI
6A+
3A
1A-
12
TG NADIA FAEZA BT TG AHMAD BADRUL SHAH
6A+
2A
2A-
13
NUR AISHAH BT. MAT HUSIN
5A+
3A
2A-
14
MOHD NASAEI B. CHE MOHD ZAIN
4A+
4A
2A-
15
NUR AIN NADIA BT. MOHD ADNAN ALI
4A+
3A
3A-
16
NURUL SHAZLINA BT. CHE MOHD KAUZIN
3A+
4A
3A-

CEMERLANG 9A
CEMERLANG 9A
1
AHMAD RASHDAN B. RAZLAN
8A+
1A-

2
MARCEL GABRIEL
7A+
2A

3
MUHAMAD FIKRI B. MUHAMAD
7A+
2A

4
MUHAMAD SAHIN AMEERUL B. SAHARI
7A+
2A

5
MUHAMAD AMIN B. JAHARI
6A+
3A-

6
ALIF SYAFIQ B. KAMAROL ZAMAN
6A+
2A
1A-
7
ANTONEO JAY B. AUGUSTINE
6A+
2A
1A-
8
MOHAMAD FAKHARULDDIN B. MOHD TALMIZI
5A+
4A

9
MUHAMMAD AIMAN B. AZIZ
5A+
4A

10
AHMAD AIDIL AIZAT B. ABDULLAH
5A+
3A
1A-
11
AHMAD MUSLIM B. MANAF
5A+
3A
1A-
12
MARSYA NASYIRRA BT. SHAHMARUDDIN
5A+
3A
1A-
13
MOHAMAD ASRULREZAL B. MOHD ASRI
5A+
3A
1A-
14
UMAR KHALIS B. KAMARUDDIN
5A+
3A
1A-
15
KHAIRUL HARIZ B. MAHARANI
5A+
2A
2A-
16
MOHAMAD AMIR MUSTAQIM B. CHE KADIR
5A+
2A
2A-
17
MOHAMAD AMIRUL B. MOHAMAD SUHAIMI
5A+
2A
2A-
18
NIK NURSURYANA BT. NIK IBRAHIM
5A+
2A
2A-
19
NIK MOHD FAJARUL SYAWAL B. N. MD KAMAL 
4A+
5A

20
NADIAH TASNIM BT. MOHD HAMDI
4A+
4A
1A-
21
MUHAMAD IKRAM B. AB. RAHIM
4A+
3A
2A-
22
MUHAMMAD ILHAM B. MOHD MAZALAN
4A+
3A
2A-
23
RASHWAN HAQEEM B. MOHD RAMELI
4A+
2A
3A-
24
NUR ATIKAH BT. MAT NOOR
4A+
1A
4A-
25
NUR DIANA BT. JOHARI
4A+
1A
4A-

JEJAK KASIH BTS 2012...!


Program BTS 2012 mempertemukan mereka berdua setelah terpisah selama 34 tahun.
Saudara Mohd Ruslan Abdul Ghani (Faris Petra: 1974 -78) bertemu kembali dengan saudara Ahmad Hilmy Abdullah (Faris Petra: 1974 - 78) sempena program BTS 2012. Sempitnya dunia...! Pasti banyak cerita yang diperkatakan...!

Bumi hijau Faris menjadi saksi

Monday, March 26, 2012

DEWAN BAHARU....!


Tak sabar nak guna....!

FOREVER 83...!


Geng batch 1979-1983 alumni Faris Petra sempat buat reunion di Cherating... sebelum BTS 2012...!

UNDANGAN PERKAHWINAN...!

Nik Nurul Azmatun bt. Nik Mohd Yusoff
Faris Petra: 1999 - 2003
Komen penulis: Selamat pengantin baharu Azmatun dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

LENSA KARNIVAL HOKI ALUMNI ANSARA-IIUM 2012...!






LAGU SEKOLAH BERKUMANDANG DI UIAM...!





Bekas pemain hoki Faris Petra....
Alumni Hoki Faris Petra terus mengekalkan rekod cemerlang hoki SMS Tengku Muhammad Faris Petra apabila berjaya menjadi juara dalam Karnival Hoki 8 Sebelah Alumni Ansara-IIUM 2012 yang berlangsung pada 24 - 25 Mac 2012 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tahniah khusus kepada semua pemain yang terlibat dan teruskan kehebatan anda walau di mana anda berada.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:-
  • FARIS PETRA VS SEMESTI: 1 - 0
  • FARIS PETRA VS ASAS B19: MENANG PERCUMA
  • FARIS PETRA VS ANSARA: 1 - 0
  • FARIS PETRA VS SAJOHA: 1 - 0
PERINGKAT SEMI FINAL:-
  • FARIS PETRA VS ANSARA: 1 - 0
PERINGKAT FINAL:-
  • FARIS PETRA VS EX SAS: 3 - 0

Sunday, March 25, 2012

KOMEN ALUMNI...!


Mazuki Abdullah
Faris Petra: 1991 - 1995 (Ketua Pelajar: 1995)
Terima kasih atas layanan yang superb, gambar-gambar yang begitu cantik dan ukhwah yang berterusan. Insya-Allah BTS akan menjadi program tahunan alumni. 

OLAHRAGA JUARA KOTA BHARU UTARA...!


Kontinjen bergambar kenangan selepas acara penyampaian hadiah....

Kontinjen Olahraga Faris Petra muncul juara Kota Bharu Utara setelah berjaya merangkul 8 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kota Bharu yang berlangsung pada 19 - 22 Mac 2012 di Stadium Mini Kijang Emas, Kompleks Sekolah, Kota Bharu.

KUNJUNGAN SEKOLAH TINGGI MUAR...!

 

LAWATAN BENCHMARKING SEKOLAH TINGGI MUAR
Seramai 40 orang peserta iaitu terdiri daripada 5 orang guru serta 35 orang pelajar dari Sekolah Tinggi Muar telah berkunjung ke Faris Petra pada pagi Ahad 25 Mac 2012 dalam program lawatan benchmarking anjuran Unit HEM sekolah tersebut. Rombongan yang diketuai PK HEM, En. Jaafar telah diberikan taklimat oleh Tuan Hj. Shaffie Awang di Bilik Gerakan. Kemudian ahli rombongan diberikan peluang untuk melawat ke kawasan sekitar sekolah dan mereka dibantu oleh ahli-ahli PRS yang bertugas.

RANKING KE-2 SBP...!

 
RANKING SBP SUBJEK MATEMATIK SPM 2011
BIL
MATA PELAJARAN
RANKING SBP
GPK
1
MATEMATIK
2
1.171
2
MATEMATIK TAMBAHAN
2
2.262

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM