Mehamad Tarmizi
salam semua Alumni Faris Petra
Pada mesyuarat AJK Persatuan yang pertama yang diadakan pada 5/02/2012 jam 3.30 petang di Kota Bharu ambo telah diamanahkan oleh Presiden untuk menggerakkan usaha bagi menubuhkan sebuah koperasi untuk alumni.
Berkat usaha bersama permohonan telah dibuat pada 7/02/2012 dan telah diluluskan untuk penubuhan pada 14/02/2012 dengan nama KOPERASI ALUMNI FARIS PETRA KELANTAN BERHAD oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Akibat nama yang berkaitan dengan sultan maka kita dinasihatkan menukar kepada nama baru. Permohonan baru dibuat pada 7/03/2012 dan telah mendapat kelulusan penubuhan pada 13/03/2012. Nama yang baru diluluskan adalah KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA KELANTAN BERHAD.
Bagi melayakkan koperasi kita beroperasi maka perlulah didaftarkan terdahulu. Antara syarat untuk memohon pendaftaran selepas penubuhan diluluskan adalah melibatkan beberapa di bawah diadakan dahulu ,iaitu:
1. Mengadakan MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAT)
2. Melantik AJK PENAJA
3. Mendapat tandatangan bakal anggota yang hadir semasa MAT
4. Menyediakan Undang-Undang Kecil Koperasi
Setelah semua siap ,maka perlu dihantar ke Pejabat SKM untuk proses pendaftaran ;sekiranya tidak kesilapan atau masaalah maka satu sijil pendaftaran akan dikeluarkan oleh SPM. Dengan sijil ini barulah secara rasminya koperasi boleh beroperasi. Anatara perkara awal yang akan dibuat adalah:
1. Menyediakan kepala surat (letter head) rasmi koperasi
2. Membuka akaun rasmi koperasi
3. Mendaftar alumni menjadi anggota koperasi secara rasmi
4. Kutipan bayaran pendaftaran
5. Kutipan bayaran pembelian syer/saham koperasi
No comments:
Post a Comment