FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Showing posts with label RENUNG-RENUNGKAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNG-RENUNGKAN. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...!

Selamat Hari Merdeka ke-57 buat pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia semua. Semoga kita semua terus makmur dan sejahtera.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!!
 

Thursday, April 3, 2014

MINGGU SIBUK DAN PANAS...!


MINGGU SIBUK
Minggu pertama selepas bercuti seminggu merupakan tempoh yang paling sibuk dan menyibukkan! Di samping kesibukan menyiapkan kerja-kerja penandaan kertas peperiksaan penggal pertama pelajar, warga Farisian terkejar ke hulu ke hilir melaksanakan tugas yang tak pernah selesai. Kebetulan pula, minggu ini juga merupakan giliran cikgu sebagai ketua guru bertugas mingguan, 'duty' tambahan, 'menghalau' pelajar dari kawasan masjid selepas pukul 2.45 petang.
Antara tugasan rasmi yang terpaksa ditempuh guru-guru Faris minggu ini ialah:-
  • Taklimat Kajian Timms (Khamis: 3/4/2014 - Jam 10.05 pagi)
  • Perjumpaan Pengetua bersama dengan Guru Pengawas, Guru PRS, Guru BPI dan warden (Rabu: 2/4/2014 - Jam 2.15 petang)
  • Perjumpaan YDP PIBG dengan semua Ketua Panitia (Khamis: 3/4/2014 - Jam 2.00 petang)
  • Mesyuarat Guru II dan Dialog Prestasi SPM (Selasa: 1/4/2014 - Jam 1.20 petang)
  • Semua guru diminta memasukkan markah ke dalam ISIS dan SAPS sebelum 4/4/2014.

Monday, March 24, 2014

Sunday, December 29, 2013

CUTI UMUM 2014...!

Malaysian State & National Holidays 2014

Dates
Occasion
For
1 January
Wednesday
New YearAll states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Tuesday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
14 January
Tuesday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
17 January
Friday
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
19 January
Sunday
Sultan of Kedah's BirthdayKedah only
31 January
Friday
Chinese New YearNationwide
1 February
Saturday
Chinese New Year (2nd Day)All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Saturday
Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
4 March
Tuesday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
15 April
Tuesday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
18 April
Friday
Good FridaySabah & Sarawak only
19 April
Saturday
Sultan of Perak's BirthdayPerak only
26 April
Saturday
Sultan of Trengganu's BirthdayTrengganu only
1 May
Thursday
Labour DayNationwide
7 May
Wednesday
Hari Hol PahangPahang only
13 May
Tuesday
Wesak DayNationwide
17 May
Saturday
Raja Perlis' BirthdayPerlis only
27 May
Tuesday
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
30 & 31 May
Fri & Sat
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Sun & Mon
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
7 June
Saturday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
29 June
Sunday
Awal RamadanJohor, Kedah & Malacca only
7 July
Monday
Georgetown Heritage DayPenang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
12 July
Saturday
Penang Governor's BirthdayPenang only
15 July
Tuesday
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
28 & 29 July
Mon & Tues
Hari Raya Puasa *Nationwide
31 August
Sunday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
13 September
Saturday 
Sarawak Governor's BirthdaySarawak Only
16 September
Tuesday
Malaysia Day &
Sabah Governor's Birthday
Nationwide
Sabah
4 October
Saturday
Sabah Governor's BirthdaySabah Only
5 October
Sunday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
6 October
Monday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
10 October
Friday
Malacca Governor's BirthdayMalacca only
23 October
Thursday
Deepavali or DiwaliNationwide except Sarawak
24 October
Friday
Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
25 October
Saturday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 & 12 Nov
Tue & Wed
Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
22 November
Saturday
Sultan of Johor's BirthdayJohor only
29 November
Saturday
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor
Johor Only
11 December
Thursday
Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
25 December
Thursday
ChristmasNationwide

Monday, April 22, 2013

JOM SOLAT DENGAN BETUL...!


Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan,
Dan pastikan sembahyang itu menurut sunah.
Sumber perkongsian daripada fb.

Tuesday, March 26, 2013

SPM BATCH 0812...!


MAKLUM BALAS FARISIAN
Batch 2008-2012 memberikan impak yang besar kepada keseluruhan warga Farisian. SPM 2012 yang diumumkan baru-baru ini telah meletakkan kita di kedudukan ketiga negeri dan ke-29 dalam kalangan SBP. Satu pencapaian yang agak buruk dan jarang-jarang kita terfikir. Walaupun batch ini berjaya menghasilkan 33 orang calon memperoleh semua A namun, kegagalan menghasilkan walaupun seorang calon yang mendapat straight A+ amat mendukacitakan warga Farisian.
Batch anda ketika PMR 2010 dahulu telah mencipta kedudukan tempat pertama negeri Kelantan dan tempat ke-8 dalam kalangan SBP seluruh negara.
Sungguhpun begitu belum terlambat untuk cikgu mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon-calon SPM 2012 yang cemerlang, dan kepada yang kurang cemerlang, jadikanlah SPM 2012 sebagai titik permulaan untuk muhasabah diri.
Untuk mendapatkan komen dan sebab musabab SPM 2012 sedemikian rupa, cikgu dengan rasa rendah diri memberikan peluang kepada anda semua memberikan pendapat, alasan, pandangan di ruangan komen di bawah. Semoga tulisan ikhlas anda itu akan memberikan gambaran sebenar untuk dijadikan panduan kepada guru-guru dan pihak sekolah.
Ihklas daripada Cikgu Azemi.

Thursday, January 17, 2013

Wednesday, January 2, 2013

CETUSAN TAHUN BAHARU...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bertemu lagi kita warga Farisian terutamanya, dalam meniti arus kehidupan yang penuh rencah peristiwa, sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk menghitung sisi diri, dek kerana taksub memikirkan putaran dunia yang tak pernah sudah. Lalu, apabila kaki tersadung oleh akar banir, barulah kita mahu memandang ke bawah. Itu pun sekadar mencari helah, kenapa aku jatuh.
Tahun 2013 menjelma dan meninggalkan 2012 yang penuh dengan seribu macam cerita. 2012 yang pergi pasti tidak akan kembali. 2013 yang masih keanak-anakan ini pula, perlu dipupuk biar menjadi tahun yang lebih membalang hitungan kemenangan dan kejayaan. Biar menjadi sejarah manis kehidupan sebelum kita meninggalkannya buat selama-lama.
 
'Farisian sentiasa gemilang'
 
Salam daripada cikgu azemi.

Sunday, November 18, 2012

DOAKAN UNTUK PALESTIN...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat warga Farisian sekalian, permulaan Tahun Hijrah 1434 ini umat Islam di Palestin sekali lagi menjadi mangsa kerakusan Yahudi, golongan manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Mereka angkuh menunjukkan kekuasaan ke atas suatu bangsa yang tidak pernah mendapat walaupun sedikit keadilan. Dibantu pula oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang berketuakan Obama yang langsung tidak layak  untuk menjadi tempat kebergantungan umat Islam seluruh dunia, Israel makin ganas membunuh bangsa Palestin tanpa sedikit rasa belas kasihan.

Kepada umat Islam seluruh dunia khususnya warga Farisian sekalian, hulurkanlah bantuan yang terdaya untuk membantu bangsa yang seagama dengan kita itu, kasihinilah mereka, anak-anak yang tidak tahu apa-apa, ibu tua yang telah sarat penderitaan, lelaki-lelaki yang terpaksa berjuang dengan tangan dan kaki  yang dirantai dengan pelbagai sekatan. Mereka sesungguhnya memerlukan bantuan kita,. saudara seagama yang sentiasa dilingkari kemewahan dan kesejahteraan.

Paling-paling tidak pun, marilah kita berdoa untuk kemenangan, kesejahteraan dan keselamatan untuk saudara-saudara kita di bumi jihad Palestin.

Janganlah kita berdoa untuk menjahanamkan saudara seagama. sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.

Amin.

Tuesday, October 30, 2012

LEMBU TERLEPAS...!


Emm...
Kenapa tak korban saya?
Tak terliur ke tengok tubuh saya...!
Tak...!
Tubuh awak, daging tak banyak.....
Tahi banyak la.....

Sunday, October 21, 2012

KAMI JUARA MALAYSIA...!


Memang patut kami dicemburui kawan dan lawan kerana kami ada segalanya:-
  • Kami juara Piala FA 2012
  • Kami juara Liga Super 2012
  • Kami juara Piala Malaysia 2012
  • Kami wakili negara ke Kejohanan Kelab Asia
  • Pemain kami ialah bintang-bintang permata
  • Pengurusan pasukan kami paling cakna
  • Kelab penyokong kami yang perkasa
  • Kami ada penyokong yang setia
  • Kami paling banyak penaja
  • Kami jadikan bola sepak satu usaha niaga
  • Jersi Kelate mewarnai setiap pelosok negeri dan negara
  • Penyokong kami satu keluarga
  • Kami bersatu demi bola 
  • Di mana The Red warriors, di situ kami ada.
  • DAN TAK BOLEH DINAFIKAN, KELANTAN MEMARTABATKAN BOLA SEPAK NEGARA.

Thursday, September 6, 2012

JALUR GEMILANG KEBANGGAAN KAMI...!






Foto oleh Amzar Zafran
Kami warga Farisian berbangga menggenggam dan menjulang 'Jalur Gemilang'. Pada kami 'Jalur Gemilang' lambang kedaulatan negara, lambang perpaduan dan lambang ketamadunan bangsa. Di sini kami tumbuh subur sebagai anak watan yang sanggup berputih tulang mempertahankan kemerdekaan negara yang tercinta daripada ancaman segelintir manusia yang tidak bertamadun.

Monday, July 23, 2012

ADEGAN YANG MAHU KITA LIHAT....!

Suatu pagi yang bening di hospital Gua Musang. Seorang ibu menangis mengenangkan nasib malang yang menimpa anak lelakinya. Dia terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal ke sekolah. Anaknya masih koma di wad kecemasan apabila kepalanya tertusuk sebatang besi sepanjang 0.5 meter. Suami wanita itu yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu telah dihubungi. Kita lihat adegan cemas seterusnya.
DOKTOR      : Bersabarlah Makcik, ini semua dugaan daripada Allah.
IBU               : Tolonglah Tuan Doktor, selamatkanlah anak lelaki saya. Dia seoranglah saja yang saya ada.
DOKTOR      : Insya-Allah, anak lelaki ibu akan selamat. Dia tak akan mati. Cuma otaknya saja yang akan
                        rosak...!
IBU               : (Sambil meraung dengan kuat, ibu itu menengking). Kalau otak rosak, apa gunanya lagi?
DOKTOR      : Sabarlah.....
Tidak beberapa lama selepas itu, bapa kepada budak lelaki malang itu pun sampai.
IBU               : (Sambil menangis). Macam mana bapanya? Anak kita.....? Apalah nasib keluarga kita....!
BAPA           : Tuan Doktor, boleh tak dilakukan segera pembedahan ke atas anak saya?
DOKTOR      : Boleh, dia akan selamat. Cuma otaknya sahaja yang akan rosak jika kita keluarkan besi itu.
BAPA           : Saya rasa tidak Tuan Doktor, otaknya tidak akan rosak...!!
DOKTOR      : (Hairan, macam dia lebih tahu daripada saya) Kenapa awak cakap macam itu?
BAPA           : Jika Tuan Doktor cabut batang besi yang tertusuk di kepala anak saya, otaknya tidak akan
                        rosak..!
DOKTOR      : Kenapa?
BAPA           : (Dengan selamba) Anak saya mana ada otak...! Jika dia ada otak, takkan dia MEREMPIT
                        di jalan raya.
........................ aaaaaaaaa

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM