FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

JOHAN PERTANDINGAN AGENSI NUKLEAR...!


Faris Petra muncul naib juara dalam pertandingan NUKLEAR: VENI-VIDI-VICI, pada 7 - 9 Jun 2015, bertempat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor D.E. 

Monday, May 26, 2014

FORMAT BM PT3...!


PERKONGSIAN INFO
Kepada pelajar-pelajar peringkat menengah rendah, terutamanya pelajar Tingkatan 3, anda boleh mendapatkan maklumat tentang format ujian bertulis Bahasa Melayu PT3 dengan melayari 'SISI BAHASAKU', iaitu sebuah lagi blog cikgu.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, March 18, 2014

PT3 GANTI PMR..!


Sah PMR dan PBSMR digantikan dengan PT3. Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa peperiksaan PMR dan PBSMR akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) melalui pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia.

" PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan."
Kini, kita masih tertunggu-tunggu bentuk format soalan bagi subjek-subjek PT3 tersebut terutamanya bagi subjek yang mengandungi ujian bertulis. Memandangkan tarikh peperiksaan PT3 yang dijangka akan berlangsung pada awal September atau Oktober ini, guru-guru dan pelajar perlu diberikan maklumat yang segera dan tepat agar persiapan rapi dapat dilakukan.

RESULT SPM 2013 ONLINE...!

Wednesday, February 5, 2014

KEPUTUSAN AMBILAN KE-2 TG. I (2014)...!

Ibu bapa dan pelajar yang membuat rayuan untuk ke Tingkatan I, SBP (2014) boleh mula menyemak secara online 'Keputusan Ambilan ke-2' pada 5 Februari 2014 dengan mengunjungi laman Kementerian Pendidikan Malaysia seperti alamat di bawah. Sila pilih di ruang 'Aplikasi Berkala'.
harap maklum.

Tuesday, January 14, 2014

MAULIDUR RASUL 2014...!

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini amat berjaya dan seperti biasa kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar amat mengagumkan. Sambutan yang dimulakan dengan acara perarakan mengikut rumah sukan bermula jam 7.55 pagi dan tempat bermulanya ialah di pekarangan masjid Semesta. Perarakan yang melibatkan jarak hampir satu kilometer itu berakhir di dewan Sultan Muhammad V. Untuk lebih menjayakan sambutan, acara bercorak keagamaan ini diadakan dalam bentuk pertandingan antara rumah. Aspek-aspek yang dinilai ialah keseragaman pasukan perarakan, bena dan kain rentang, kehadiran guru rumah serta bacaan selawat oleh setiap pasukan rumah sukan. Pasukan rumah sukan yang bertuah dan dinobatkan sebagai juara ialah pasukan rumah Rahman.

Foto-foto daripada fb Cikgu Muhammad Daud

Sunday, January 5, 2014

JADUAL WAKTU TERKINI...!

Baru 3 hari persekolahan tahun baharu, para guru hari ini (5/1/2014) dimaklumkan ada beberapa perubahan kandungan jadual waktu pengajaran yang melibatkan sesetengah guru. Para guru diharapkan dapat memuatturunkan jadual waktu berkenaan di alamat seperti di bawah:-


Harap maklum.

Wednesday, January 1, 2014

SLOGAN TAHUN BAHARU...!



Slogan yang diwara-warakan Tuan Pengetua sempena menyambut tahun baharu 2014 merupakan suatu yang baik dan positif. Pengetua mengharapkan semua warga Farisian membuat perubahan ke arah mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Cuma 'Make A Difference' perlu dilaksanakan dengan teliti dan berhemah, agar benar-benar menjadi wadah perjuangan semua warga Farisian, tidak terkecuali Tuan pengetua, Penolong-Penolong Kanan, guru-guru, staf bukan guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa.

Semoga menjadi kenyataan.

Sunday, December 29, 2013

PERUTUSAN KPM 2014...!

MAJLIS PERUTUSAN

TAHUN BAHARU 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dewan Plenari 
Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC)
Putrajaya

9 Januari 2014 (Khamis)
7.45 pagi - 12.00 tengah hari

Pakaian
Lelaki : Lounge Suit
Wanita: Pakaian Pejabat

Saturday, December 28, 2013

JADUAL WAKTU 2014...!


MAKLUMAN TERKINI UNTUK GURU-GURU:-
Daripada:
JK Jadual Waktu
SMSTMFP

Monday, April 8, 2013

PROGRAM TERDEKAT...!


PROGRAM MINGGU INI (7 - 11 APRIL 2013):-
  • 08 APRIL : BERMULA LATIHAN PUSAT HOKI MSSD KB DI FARIS PETRA
  • 08 APRIL : PERTANDINGAN CORAL SPEAKING QIT K.KERIAN DI AHMAD MAHER
  • 08 APRIL : MESYUARAT GURU
  • 09 APRIL : RAPTAI PENUH MAJLIS GRADUASI
  • 10 APRIL : PERSIAPAN AKHIR GRADUASI
  • 11 APRIL : MAJLIS GRADUASI 2013 BERLANGSUNG

Sunday, January 6, 2013

CD PBS KEMAHIRAN HIDUP...!

 
CD PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (SEMUA PILIHAN)
2013
PAKEJ TAWARAN
* LEMBARAN KERJA TINGKATAN 1 (SEMUA PILIHAN)

  • TERAS            - RM20.00
  • KT                   - RM10.00
  • ERT                 - RM10.00
  • PK                   - RM10.00                                                            > RM  60.00
* LEMBARAN KERJA TINGKATAN 2 (SEMUA PILIHAN)
  • TERAS            - RM20.00
  • KT                   - RM10.00
  • ERT                 - RM10.00
  • PK                   - RM10.00                                                            > RM  60.00
* SOALAN LATIH TUBI (SEMUA PILIHAN)                                - RM  60.00
* CONTOH LEMBARAN KERJA 2013 (SEMUA PILIHAN)        - RM  20.00
                                                                                                                   RM 200.00
BONUS
1. TAKLIMAT PBS
2. BORANG-BORANG UNTUK MELAKSANAKAN PBS
3. DSP KHB
4. BUKU REKOD MENGAJAR SISTEM FAIL (KT)
5. P & P KHB
6. KAEDAH MEMBINA ITEM
7. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (SEMUA PILIHAN)
8. GRAFIK
KEISTIMEWAAN CD
  • BOLEH PILIH MANA-MANA BENTUK YANG DISUKAI
  • BOLEH DIEDIT
  • BOLEH MEMBINA SENDIRI MODUL, SOALAN KHB DAN PBS TINGKATAN 3
  • MEMBERIKAN LATIHAN MENCUKUPI KEPADA BAKAL CALON PMR 2013
TERHAD, TAWARAN ISTIMEWA...???
RM150.00 SAHAJA

UNTUK PESANAN
SILA HUBUNGI:-
HJ. SHARIFUDDIN BIN AHMAD NAWAWI
(GURU KEMAHIRAN HIDUP)
SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA,
16100 KOTA BHARU
TEL: 012-9511862
e-mel: Shrifudn@yahoo.com


Monday, April 16, 2012

TAK NAK SUDAH...!


PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/4/2012

Komen cikgu: Secara jujur cikgu tak akan MEMBENARKAN Farisian untuk bertindak di luar batasan adab dan tatasusila kita.
Adakah agama kita mengajar kita supaya menghina seseorang? 
Apalah sibuk buat huru-hara, jika tak nak PTPTN, serahkan duit itu semula dan jangan buat permohonan. Ramai lagi pelajar lain yang memerlukannya...

Friday, December 23, 2011

GPMP 4 SUBJEK JATUH...!

Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud
PUTRAJAYA 22 Dis. - Penguasaan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Iban mengalami penurunan berbanding 13 mata pelajaran lain.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus daripada 27.6 peratus pada tahun lepas kepada 26.3 peratus pada tahun ini.
"Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 66.5 peratus tahun lepas kepada 67.7 peratus tahun ini.
"GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata," katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, mata pelajaran Pendidikan Islam pula bagi gred A turut menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus daripada 26.1 peratus pada tahun lepas berbanding 24.4 peratus pada tahun ini.
"GPMP Pendidikan Islam juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.09 mata," katanya.
Sementara itu bagi pencapaian gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, beliau berkata, berlaku peningkatan prestasi sebanyak 0.8 peratus kepada 18.4 peratus pada tahun ini berbanding 17.6 peratus tahun lepas.
"Bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3 peratus pada tahun ini," katanya.
Bagi mata pelajaran Matematik, beliau berkata, prestasi pencapaian gred A mata pelajaran itu mengalami peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 28.9 peratus tahun lepas kepada 30.2 peratus pada tahun ini.
"Prestasi mata pelajaran Sains bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0 peratus daripada 21.7 peratus pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun ini," katanya.
Beliau menambah, biarpun GPMP Sejarah mengalami peningkatan dengan penurunan 0.05 mata pada tahun ini namun pencapaian bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus.
"Iaitu daripada 21.3 peratus pada 2010 kepada 20.4 peratus pada tahun ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/12/2011

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM