FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, March 18, 2014

PT3 GANTI PMR..!


Sah PMR dan PBSMR digantikan dengan PT3. Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa peperiksaan PMR dan PBSMR akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) melalui pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia.

" PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran ScienceMathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan."
Kini, kita masih tertunggu-tunggu bentuk format soalan bagi subjek-subjek PT3 tersebut terutamanya bagi subjek yang mengandungi ujian bertulis. Memandangkan tarikh peperiksaan PT3 yang dijangka akan berlangsung pada awal September atau Oktober ini, guru-guru dan pelajar perlu diberikan maklumat yang segera dan tepat agar persiapan rapi dapat dilakukan.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM