FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Showing posts with label BULETIN FARIS. Show all posts
Showing posts with label BULETIN FARIS. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

MENTOR-MENTEE...!

MENTOR-MENTEE RAMADAN
TARIKH: 18 JUN 2015
MASA: 7:40 PAGI - 8:20

Program Mentor-mentee akan diadakan pagi ini di dorm pelajar masing-masing. Topik perbincangan utama ialah 'Menyambut Bulan Ramadan' dan kebersihan asrama. Pada petang ini juga pelajar-pelajar dibenarkan balik bermalam di rumah.

Wednesday, June 17, 2015

NASYID KE-3 KEBANGSAAN...!


Mohamad Haziq bersama dengan Cik Hajah Paridah...
Mohamad Haziq Subri (4L) yang mewakili Kelantan ke Pertandingan Membaca Syair Peringkat Kebangsaan 2015, anjuran DBP telah muncul sebagai pemenang di tempat ke-3.

Thursday, June 11, 2015

KOOP FARIS FEST 2015...!

11/6/15: Sekitar majlis perasmian pembukaan Karnival Koop Tengku Muhammad Faris Petra Fest 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Karnival akan berlangsung selama 4 hari bermula 11/6/15 hingga 14/6/15 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang festival berlangsung.

Tuesday, June 9, 2015

JOHAN PERTANDINGAN AGENSI NUKLEAR...!


Faris Petra muncul naib juara dalam pertandingan NUKLEAR: VENI-VIDI-VICI, pada 7 - 9 Jun 2015, bertempat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor D.E. 

Friday, June 5, 2015

BENGKEL MYPIB 2015...!



BENGKEL KERJA UNIT PLAN MYPIB 2015
TARIKH: 10 - 12 JUN 2915
TEMPAT: KLUANG BEACH RESORT, TERENGGANU
Peringatan Mesra:
Sila bawa:-
  • Laptop
  • Buku teks
  • From Principles into Practice
  • Subject Guide
  • Extension
  • Huraian Sukatan Mata Pelajaran
  • Unit Plan yang telah siap
  • Buku rujukan
  • Contoh kerja pelajar untuk Assessment.

Wednesday, June 3, 2015

Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 FARIS JATUH...!

Keputusan SPM 2014 diumumkan pagi ini. Sekali lagi warga Farisian menerima pukulan maut daripada keputusan yang memang sukar untuk ditelan. Dengan pencapaian GPS 2.28, Faris Petra terpaksa menghuni tangga bawah berbanding SMS Machang dan SMS Pasir Puteh. Berdasarkan maklumat awal, Faris Petra terperosok  ke rangking 42 SBP seluruh negara. Satu kedudukan yang belum pernah dihuni oleh SMS Tengku Muhammad Faris Petra. 

Analisis lengkap akan dikeluarkan selepas ini.


Sunday, March 1, 2015

BACK TO SCHOOL 2015...!

Program "Kembali ke Sekolah" pelajar kelompok 9195 bertemakan 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' menyasarkan murid Tingkatan 4 dan 5 sebagai kumpulan sasaran. Fokus utama adalah dari segi pembinaan semangat, karekter, peluang belajar, tajaan dan kerjaya. Alhamdulillah program yang dikendalikan pada 27 - 28 Februari dengan kerjasama Unit Kaunseling ini mendapat reaksi positif daripada pihak alumni 91- 95 dan pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Monday, February 16, 2015

RAGBI JUARA KOTA BHARU...!


Pasukan ragbi bawah 18 tahun Faris Petra muncul  juara Perlawanan Ragbi MSSD Kota Bharu edisi 2015. Keputusan perlawanan yang melibatkan Faris Petra:-
  • Faris Petra vs SM Kota Bharu: 49 - 0
  • Faris Petra vs KVPC: 39 - 0
  • Faris Petra vs SM Pengkalan Chepa: 35 - 0
  • Faris Petra vs Maktab Sultan Ismail: 31 - 0 (Separuh Akhir)
  • Faris Petra vs MRSMPC: 10 - 0 (Akhir)

Sunday, February 8, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH 2015...

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar 2015 telah disempurnakan oleh wakil  Yang Dihormati Ketua Polis Negeri Kelantan iaitu Dato' Rosli bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan di Dewan Sultan Muhammad V jam 7.40 pagi. 
















Thursday, February 5, 2015

PROGRAM TERDEKAT...!


  • Merentas Desa Peringkat MSSD Kota Bharu - 7 Februari 2015
  • Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar - 8 Februari 2015
  • Mesyuarat JK Graduasi 2015 - 8 Februari 2015

Tuesday, February 3, 2015

MAKLUMAN SEGERA...!

  • Bersempena dengan Lawatan Kerja Pengarah BPK pada pukul 11.00 pagi ini, semua Penolong Kanan, Guru Kanan, Assist. IB dan SU IB diminta ke Bilik Gerakan. Semua guru lain diminta bersedia untuk pemantauan PdP di kelas masing-masing. 
  • Semua Pengurus Program Modal Insan SGE diminta menghantar laporan berserta gambar aktiviti kepada Penolong Kanan Pentadbiran di alamat: ahmad@smstmfp-edu.my dengan segera.

Sunday, February 1, 2015

HUSSIEN JUARA MERENTAS DESA...!

Kejohanan Merentas Desa ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Februari 2015. Kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori itu telah dimenangi oleh rumah Hussien. Keputusan keselurunan ialah:-
  1. HUSSIEN
  2. RAZAK
  3. RAHMAN
  4. MAHATHIR

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM