FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, November 18, 2012

DOAKAN UNTUK PALESTIN...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat warga Farisian sekalian, permulaan Tahun Hijrah 1434 ini umat Islam di Palestin sekali lagi menjadi mangsa kerakusan Yahudi, golongan manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Mereka angkuh menunjukkan kekuasaan ke atas suatu bangsa yang tidak pernah mendapat walaupun sedikit keadilan. Dibantu pula oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang berketuakan Obama yang langsung tidak layak  untuk menjadi tempat kebergantungan umat Islam seluruh dunia, Israel makin ganas membunuh bangsa Palestin tanpa sedikit rasa belas kasihan.

Kepada umat Islam seluruh dunia khususnya warga Farisian sekalian, hulurkanlah bantuan yang terdaya untuk membantu bangsa yang seagama dengan kita itu, kasihinilah mereka, anak-anak yang tidak tahu apa-apa, ibu tua yang telah sarat penderitaan, lelaki-lelaki yang terpaksa berjuang dengan tangan dan kaki  yang dirantai dengan pelbagai sekatan. Mereka sesungguhnya memerlukan bantuan kita,. saudara seagama yang sentiasa dilingkari kemewahan dan kesejahteraan.

Paling-paling tidak pun, marilah kita berdoa untuk kemenangan, kesejahteraan dan keselamatan untuk saudara-saudara kita di bumi jihad Palestin.

Janganlah kita berdoa untuk menjahanamkan saudara seagama. sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.

Amin.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM