FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, April 16, 2012

ETIKA GRADUASI 2012...!


FARIS PETRA YANG TERBAIK..
Majlis Graduasi yang dilaksanakan pada setiap tahun adalah sebagai pengiktirafan tertinggi warga Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra terhadap pelajar-pelajar SPM yang telah mempamerkan kecemerlangan terbilang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sepertimana kebiasaannya, majlis rasmi pada tahun ini juga akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Sehubungan dengan itu, para bakal graduan yang akan menghadiri majlis tersebut mestilah MEMATUHI perkara-perkara seperti berikut:-
  • Bakal graduan lelaki MESTILAH memakai baju Melayu lengkap, berbutang, bersamping, bersongkok hitam dan berambut pendek serta kemas.
  • Bakal graduan perempuan MESTILAH memakai baju kurung, bertudung 'pink lembut' dan berkasut hitam.
  • Semua telefon bimbit MESTILAH dimatikan ketika berada di dalam dewan.
  • Setiap bakal graduan hanya DIBENARKAN membawa DUA orang ahli keluarga sahaja (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan MASUK ke dalam dewan.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM